Carian
3 Petua Mengemas Mengikut Urutan Kerja Yang Betul
March 24, 2020 Lina Rosli

3 Petua Mengemas Mengikut Urutan Kerja Yang Betul

Kerja-kerja pembersihan atau mengemas rumah boleh dilakukan pada bila-bila masa dan kadangkala mengambil masa yang terlalu lama bagi memastikan keadaan rumah kembali seperti asal. Sudah tentu anda tidak mempunyai banyak waktu yang terluang untuk mengemas rumah anda dan hanya akan menguruskannya pada hujung minggu atau waktu cuti sahaja.

Oleh itu, Tajria hari ini akan berkongsi kepada anda tips dan petua yang boleh mengurangkan masa untuk anda mengemas rumah. Berikut adalah urutan dan aturan mengemas yang boleh dilakukan supaya kerja yang dibuat menjadi lebih mudah.

Menyusun Sebelum Membersih

Sekiranya ruang tamu atau bilik anda dipenuhi dengan kertas, mainan atau timbunan pakaian yang telah dibasuh, maka susun dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai. Hal ini kerana anda perlu mengosongkan lantai dan ruang berjalan agar kerja-kerja pembersihan boleh dilakukan dengan lebih mudah.

Mulakan di satu sudut rumah anda dan kembalikan barang yang berterabur ke tempat asal. Gunakan bakul dobi plastik untuk mengumpul barang-barang yang masih ingin digunakan dan beg sampah untuk barang yang sudah tidak diperlukan. Setelah selesai, anda boleh membersihkan habuk dan vakuum dengan lebih mudah. 

woman holding green textile

Fokus Pada Satu Tempat Sebelum Mengemas Tempat Lain

Pilih satu ruang atau bilik dan fokus untuk membersihkan sepenuhnya sehingga selesai. Bersihkan bilik atau ruang tersebut bermula dari dari siling hingga ke lantai supaya debu tidak jatuh ke permukaan yang sudah bersih. Lap setiap habuk di setiap permukaan dan kemudian vakuum atau sapu.

Tidak semestinya dimulakan dengan membersihkan bilik tidur. Mungkin anda boleh memulakan dengan bahagian paling sukar seperti dapur dan bilik air. Tetapkan masa yang anda perlukan supaya kerja yang dilakukan tidak melebihi masa yang sepatutnya. 

white laundry basket on wood floor

Buat Jadual Mengemas Kerja Harian Atau Mingguan

Akhir sekali, anda mungkin boleh membuat senarai tugas utama agar tidak ada tugasan yang terlepas pandang. Ia hampir mustahil untuk menyelesaikan setiap tugas yang perlu dilakukan dalam hanya satu sesi pembersihan. Jadi, anda boelh memastikan beberapa tugas yang mudah dilakukan setiap hari sebelum pergi ke kerja atau sebelum masuk tidur.

Jika anda mempunyai anak-anak, adalah berguna untuk membuat senarai tugas peringatan yang sesuai dengan umur. Antara aktiviti atau tugasan yang boleh diberikan termasuk menyimpan dan menyusun barang mainan yang telah digunakan, meletakkan baju kotor di dalam bakul dan juga menyusun buku dan alat tulis di rak buku.

________________________________________________________________________

Kebanyakan kerja rumah lebih mudah jika anda membersihkannya secara langsung (direct cleaning) dan tidak menunggu sehingga keadaan menjadi lebih teruk. Sebagai contoh, basuh pinggan dan cawan sejurus selepas makan. Kemas katil, sapu lantai dan buang sampah setiap kali selepas bangun tidur. Bukan itu sahaja, anda juga boleh merancang waktu pembersihan yang sesuai supaya tugas dapat diselesaikan sepenuhnya dengan baik. Selamat mencuba!

Komen