Lina Rosli Diterbitkan 24 March 2020

Platform Penghantaran Barang Runcit Di Malaysia

Platform Penghantaran Barang Runcit Di Malaysia

Bagi anda yang ingin mendapatkan dan menambah barang runcit anda di rumah, anda kini boleh membeli menerusi platform atas-talian. Ia bukan sahaja memudahkan urusan jual beli anda malah ia turut memberikan jaminan kesegaran untuk semua barangan dan keperluan untuk dapur anda.

Berikut adalah 5 aplikasi yang boleh anda cuba untuk menggunakan servis penghantaran barangan runcit terus ke pintu rumah anda.

Happy Fresh

Happy Fresh menyertakan servis pemilihan barangan segar khusus buat pengguna yang telah membuat pesanan. Menariknya, Happy Fresh hadir dengan pelbagai jenama di bawahnya termasuk Tesco, Village Grocer, Giant Hypermarket, Mydin, AEON, Sam Groceria dan bermacam-macam lagi. 

Lokasi Penghantaran: Di kawasan sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor.

Kaedah Pembayaran: Tunai semasa penghantaran atau kad kredit/debit.

Caj Penghantaran: Bermula RM3 (Bergantung kepada jarak dan lokasi penghantaran)

Aplikasi: iOS dan Android

________________________________________________________________________

Tesco Online

Bukan sahaja pelanggan mendapat pilihan mereka di pelbagai produk yang terdapat di kedai fizikal Tesco, malah kini pengguna juga boleh membeli barangan keperluan mereka secara atas talian. Dengan ini, pengguna tidak perlu risau untuk mendapatkan apa-apa yang diperlukan tanpa perlu keluar dari rumah untuk membelinya.

Lokasi Penghantaran: Di sekitar kawasan Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Seremban.

Kaedah Pembayaran: Menggunakan kad debit/kredit sewaktu penghantaran.

Caj penghantaran: Akan ditunjukkan semasa tempahan slot.

Aplikasi: iOS dan Android

________________________________________________________________________

BMS Organics

BMS Organics merupakan rantaian runcit organik terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 41 cawangan dan 21 kafe. Selain jenama dalaman mereka, mereka juga membawa jenama organik lain yang popular. Produk mereka tidak hanya terhad kepada barangan runcit bahkan pengguna juga boleh membeli barangan kecantikan, isi rumah dan pakaian di kedai tersebut.

Lokasi Penghantaran: Seluruh Negara

Kaedah Pembayaran: Kad kredit (Visa dan Mastercard), perbankan atas-talian atau pemindahan bank melalui ATM.

Caj Penghantaran: Pantai Barat (RM15 untuk 6kg pertama, RM1 untuk setiap kg tambahan. Percuma untuk pembelian melebihi RM180) dan Pantai Timur (RM25 untuk 2kg pertama, RM15 untuk setiap kg tambahan)

Aplikasi: iOS dan Android

________________________________________________________________________

Jaya Grocer

Jaya Grocer yang mana adalah pusat membeli-belah dalam talian sehenti untuk semua keperluan harian anda. Kedai runcit ini mempunyai lebih dari ribuan produk yang tersebar di pelbagai kategori seperti daging dan sayuran segar, keperluan makanan, roti, kecantikan dan peralatan kesihatan, penjagaan haiwan  dan banyak lagi.

Lokasi Penghantaran: Di kawasan sekitar Lembah Klang

Kaedah Pembayaran: Tunai semasa penghantaran atau kad kredit/debit.

Caj Penghantaran: RM9, untuk setiap kotak dan caj tambahan RM8 jika pesanan anda melebihi RM300. Kos penghantaran adalah percuma. 

Aplikasi: iOS dan Android

________________________________________________________________________

Redtick

Redtick adalah syarikat yang menawarkan platform membeli belah barangan runcit secara atas talian yang wujud sejak 2010 dengan kelebihan fungsi antaramuka yang kemas dan dapat memberikan pengalaman membeli barangan runcit yang lebih lancar dan mudah. Pembeli boleh menekan butang tab dengan mudah untuk mencari produk yang mereka inginkan. 

Lokasi Penghantaran: Di kawasan sekitar Lembah Klang

Kaedah Pembayaran: Tunai semasa penghantaran atau kad kredit/debit.

Caj Penghantaran: RM8, untuk barangan pertama dan RM2 untuk barangan seterusnya. Kos penghantaran adalah adalah sekitar RM10 sehingga RM15, dan percuma untuk barangan melebihi RM150.