Tidak tahu hendak masak apa untuk tengahari ini? Ayuh sediakan cendawan goreng sos tiram sebagai hidangan sampingan anda. Untuk lebih menarik, anda juga boleh meletakkan tahu telur dan udang untuk rasa yang menyelerakan.

Berikut adalah senarai bahan dan cara penyediaan hidangan cendawan ini:

Bahan-bahan A:

  • 1 paket cendawan tiram
  • 3 ulas bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 3 biji cili api (dihiris)
  • 4 sudu besar sos tiram
  • Sedikit tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa

Bahan-bahan B:

  • 1 paket tahu telur (dipotong kasar)
  • Sedikit udang kecil

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak. Goreng tahu telur sehingga ia garing dan warna menjadi sedikit coklat. Setelah siap, alihkan tahu telur ke dalam pinggan dan biarkan ia sejuk sebentar.
  2. Panaskan kuali dan letak minyak sekali lagi. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili api yang telah dihiris sehingga naik bau.
  3. Masukkan garam dan udang. Tumis sehingga udang bertukar warna kemerahan.
  4. Masukkan sos tiram dan sedikit air. Biarkan mendidih seketika dan tambahkan air bancuhan tepung jagung supaya kuahnya agak pekat-pekat sedikit.
  5. Kemudian masukkan masukkan cendawan dan kacau sekata. Apabila telah masak, masukkan tahu telur yang telah di goreng dan gaulkan bersama cendawan yang telah dimasak.
  6. Setelah sebati, tutup api dan hidangan anda telah siap untuk dihidang. Selamat mencuba!
Lihat profil
Lina Rosli

491 artikel di Tajria.