Carian
Mempunyai Data Internet Yang Banyak? Ini Antara Perkara Yang Boleh Anda Lakukan
March 25, 2020 Lina Rosli

Mempunyai Data Internet Yang Banyak? Ini Antara Perkara Yang Boleh Anda Lakukan

Sejak pengumuman perintah kawalan pergerakan (PKP), kebanyakan syarikat telekomunikasi telah memberikan pelbagai tawaran yang menarik kepada pengguna masing-masing. Ada yang memberikan ganjaran data hotspot dua kali ganda, tawaran 3GB percuma untuk pelanggan pascabayar dan ada juga yang menawarkan data internet harian 1GB secara percuma sepanjang tempoh PKP.

Menerusi penawaran ini, pengguna boleh #stayhome dan melakukan beberapa perkara dengan lebih mudah dan pantas. Berikut adalah lima perkara yang boleh anda buat sepanjang tempoh PKP ini.

Strim filem dan siri TV menerusi platform penstriman

Di Malaysia, terdapat banyak platform penstriman yang boleh anda langgan. Antara platform penstriman yang berbaloi termasuk Netflix, iFlix, Apple TV+, Youtube Premium, Viu, Dim Sum dan banyak lagi.

Dengan adanya platform seperti ini, anda boleh menonton siri-siri TV dan filem yang anda gemari dengan lebih mudah tanpa perlu menunggu waktu siarannya di televisyen. Malah, anda juga boleh melakukan maratonton untuk siri TV dengan episod yang telah lengkap seperti drama korea atau siri-siri barat yang lain.

person holding remote pointing at TV

Contoh drama yang sedang hangat pada masa ini adalah Kingdom, Crash Landing On You dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapatkan filem dan siri TV yang lama untuk dimainkan semula.

Bermain permainan video dan permua atas talian

Untuk kebanyakan permainan video yang menarik pasti memerlukan anda menggunakan internet yang mencukupi. Oleh itu, dengan adanya data internet yang banyak, anda boleh bermain permainan video dan permainan mudah alih (permua) kegemaran anda tanpa sebarang had. 

Untuk mengetahui senarai permainan video dan permua yang boleh anda main dan strim, anda mungkin boleh melihat akses permainan menerusi pelan data internet anda atau layari aksiz.com untuk perkembangan permainan video terkini.

Menyertai kursus dan kelas atas talian

Selain melanggan platform penstriman dan permainan video, anda turut boleh mendaftar kursus dan kelas atas talian untuk mengasah atau mengembangkan kemahiran baru. Anda boleh mempelajari menerusi video yang telah dimuatnaik di platform masing-masing.

Anda boleh mencari pelbagai kursus dalam talian, termasuk kelas pembelajaran bahasa, kelas memasak, kelas fotografik, kelas kemahiran analitik dan banyak lagi. Yuran yang dicaj adalah berpatutan selain waktu untuk setiap kelas juga adalah bergantung kepada anda sendiri yang mana ia boleh ditonton pada buka-bila masa. Bagi yang berminat, anda akan menemui beratus-ratus kursus untuk memenuhi minat anda di platform pembelajaran seperti Udemy, Codeacademy dan Coursera.

Menulis blog atau mencari kemahiran baru

Sekiranya anda gemar untuk meneliti dan memberi respons berkenaan berita terkini serta berkongsi pandangan anda mengenai hal ehwal semasa, gaya hidup, masakan atau apa-apa topik lain, mungkin anda boleh mempertimbangkan untuk memulakan blog atau penulisan sendiri. Perkhidmatan seperti WordPress, Medium dan Tajria sendiri menyediakan ruang untuk anda menulis dan menyatakan pendapat. Dengan ini, ia bukan sahaja dapat mengisi masa lapang anda, malah ia juga dapat memberikan informasi dan pandangan terkini akan sesuatu perkara.

Menyertai cabaran di intenet

Terdapat pelbagai aktiviti dan cabaran internet yang boleh anda terokai. Lebih-lebih lagi melalui platform media sosial seperti Instagram, TikTok dan Twitter. Dengan ini, ia bukan sahaja dapat membentuk rangkaian kenalan yang baru, malah ia turut memberikan anda satu pengalaman yang baru yang mungkin sedikit sebanyak dapat mengajar anda tentang sesuatu perkara.

Atau anda juga boleh menjadi salah seorang daripada content creator atau Youtuber untuk berkongsi idea-idea menarik melalui saluran media sosial. Apa yang anda perlukan adalah kamera atau telefon pintar untuk mula merakam. Jika idea cukup menarik untuk mendapat pengikut, anda mungkin boleh menjana pendapatan dari platform berkenaan.

________________________________________________________________________

Jika anda lihat, terdapat pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan di internet dengan pelan data internet yang anda langgan. Dengan ini, anda boleh mengisi masa lapang dan melakukan perkara yang anda inginkan di hujung jari. Selamat mencuba!

 

Komen