Klook Hadir Dengan Inisiatif Sumbangan Makanan Untuk Kakitangan Barisan Hadapan

Bagi menyatakan sokongan dan rasa terima kasih kepada para kakitangan kesihatan di Malaysia dalam menangani isu wabak Covid-19 yang sedang melanda tanah air, Klook bersama-sama dengan PULP, Salad Atelier, Rawsome dan US Pizza  memperkenalkan inisiatif ‘Salute Our Healthcare Heroes’. Bukan itu sahaja, ia turut disokong oleh Ivy Holidays KL yang merupakan penyedia untuk bahagian logistik.

Inisiatif ini menyasarkan rakyat di Malaysia yang ingin menunjukkan rasa terima kasih kepada kakitangan kesihatan yang telah bekerja keras di barisan hadapan semenjak wabak ini berlaku. 

group of doctors walking on hospital hallway

Bermula hari ini sehingga 31 Mac 2020, anda boleh membuat pesanan makanan di restoran yang terpilih di Klook yang mana makanan tersebut akan disumbangkan kepada frontliners yang terlibat. Setelah tamat tempoh sumbangan, semua makanan yang telah dipesan akan di Ivy Holidays KL dan kemudiannya akan dihantar ke hospital yang berpangkalan di Selangor pada 1 April 2020.

Berikut adalah cara untuk menempah makanan menerusi aplikasi Klook:

Langkah Satu: Muat turun aplikasi Klook atau layari laman rasmi Klook dan klik pada banner ‘Salute Our Healthcare Heroes’.
Langkah Dua: Pilih pilihan anda restoran iaitu PULP, Salad Atelier, Rawsome atau US Pizza dan pilih ‘Salute Our Healthcare Heroes’
Langkah Tiga: Lengkapkan tempahan dengan membuat pembayaran. Anda telah berjaya menyumbang hidangan hangat kepada kakitangan kesihatan barisan hadapan.

Bagi yang berminat, anda boleh layari laman rasmi Klook untuk mengetahui informasi lanjut mengenai cara dan bagaimana untuk menyumbang kepada kakitangan kesihatan.