Carian
Terokai Pengalaman Melancong Secara Maya Ke Beberapa Tarikan Dunia
March 26, 2020 Lina Rosli

Terokai Pengalaman Melancong Secara Maya Ke Beberapa Tarikan Dunia

Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa tempoh PKP telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Menerusi lanjutan ini, rakyat Malaysia diminta untuk kekal duduk di rumah dan mengamalkan penjarakkan sosial bagi mengurangkan risiko jangkitan wabak Covid-19.

Pasti ramai dalam kalangan anda yang sudah buntu untuk melakukan aktiviti-aktiviti menarik di rumah setelah dikuarantin selama 10 hari. Oleh itu, Tajria hari ini ingin berkongsi kepada anda salah satu aktiviti yang boleh anda lakukan dalam tempoh PKP ini, iaitu melancong ke serata dunia secara maya.

Berikut adalah 12 tempat menarik yang boleh anda lawati secara maya:

Tembok Besar China 

Ia merupakan daya tarikan terkenal di China, Tembok Besar China adalah perhentian utama yang wajib anda kunjungi jika anda di China. Tembok Besar China mempunyai sejarah lebih dari 2,000 tahun yang mana keluasannya adalah lebih daripada 3,000 batu di beberapa wilayah di utara China sekaligus menjadikannya salah satu struktur purba yang paling mengagumkan di dunia. 

TheChinaGuide menawarkan lawatan maya kepada pengunjung yang ingin mengetahui reka bentuk Tembok Besar China. Lawatan maya ini menunjukkan bahagian utama mercu tanda Badaling, Mutianyu, Jinshanling, Juyongguan, Gubeikou dan Jiankou.

Palace of Versailles

Istana Versailles merupakan kediaman diraja Perancis. Ia menampilkan reka bentuk istana yang cantik dan mewah yang mana membawakan ukiran corak keemasan yang sangat mempersonakan.

virtual tour versailles

Menerusi Google Arts & Culture, anda boleh mengakses lawatan maya di kawasan istana – dari bilik tidur Marie Antoinette, Hall of Mirrors, dan kesemua 1,976 ekar Taman Versailles. Di samping lawatan maya ini, Google turut menawarkan model 3D artifak istana dan lawatan lukisan juga.

The Vatican, Itali 

virtual tour vatican

Musei Vaticani telah mengadakan beberapa lawatan secara atas-talian melalui video pra-rakaman empat Papal Basilicas dan beberapa muzium di dalam bandar – termasuk Sistine Chapel. Dengan ini, anda dapat menonton dan melihat reka bentuk dan ciri-ciri yang menarik yang dipersembahkan di The Vatican. Ia bukan sahaja hadir dengan kemasan yang sangat unik malah ia turut membawakan ketelitian yang cukup cantik untuk setiap ukiran yang dipamerkan.

Angkor Wat, Kemboja 

Siapa yang tidak mengetahui akan keindahan monumen agama Angkor Wat di Kemboja. Ia merupakan monumen agama yang terbesar di dunia pada abad ke 12. Ia membawakan landskap yang cukup menarik yang mempunyai makam purba, pagoda dan jambatan yang boleh dilihat menerusi siri video realiti maya 360 ini. Melalui projek Virtual Angkor, anda boleh melihat ke dalam salah satu landskap arkitek yang paling terkenal di dunia.

virtual tour siem reap

Taj Mahal, India 

Dengan adanya AirPlano iaitu sebuah platform pelancongan maya, anda boleh melakukan lawatan maya ke permata mahkota India yang dikenali sebagai Taj Mahal. Ia bukan sahaja tarikan terkenal di dunia, ia juga merupakan monumen yang membawakan lambang cinta dan kasih kepada penggemarnya. Di AirPlano, anda boleh makam dan juga taman-taman di sekitanya yang menarik.

virtual tour taj mahal

The Acropolis, Athens, Greece 

Selain itu, anda juga boleh mengimbau kembali keindahan bandar purba Athens, Greece. Melalui teknologi yang digunakan oleh YouGoCulture, anda boleh menjelajah dan menerokai rekaan The Acropolis, sebuah bandar dengan struktur lama dan juga salah satu tamadun tertua di dunia. Lawatan maya ini membolehkan anda untuk melihat dengan lebih dekat struktur yang masih berdiri di Acropolis seperti Parthenon dan Odeon Herodes Atticus.

visual tour athens

Taman Negara Yosemite 

Bagi anda yang menggemari keindahan alam semula jadi, pastinya anda akan mengagumi lawatan maya yang anda boleh lakukan di Yosemite National Park atau Taman Negara Yosemite. Anda akan melihat keajaiban semula jadi Taman Negara Yosemite melalui VirtualYosemite, sebuah platform yang membolehkan anda mendapatkan pemandangan unik serta pemandangan panorama yang sangat menerujakan.

virtual tour yosemite

________________________________________________________________________

Menarik bukan? Ya, dengan wujudnya teknologi yang canggih pada kini, anda boleh mengunjungi tempat-tempat menarik sekaligus merasai pengalaman baru hanya dengan menonton di skrin komputer anda. Anda pasti akan terkejut mengetahui bahawa terdapat banyak platform yang menawarkan pelbagai lawatan maya ke tempat tarikan paling menarik di dunia. Selamat mencuba!

Rujukan: Klook

Komen