7 Drama Korea Yang Patut Anda Tonton – Bagi Penggemar Baru K-Drama

Drama Korea atau lebih dikenali sebagai K-drama, telah menjadi fenomena yang mana terdapat beberapa siri drama yang ditonton hampir di seluruh negara. K-drama ini hadir dengan pelbagai jenis jalan cerita, cinematography yang menarik serta barisan pelakon yang handal menjadikan ia menjadi pilihan kebanyakan individu lebih-lebih lagi golongan millenial masa kini.

Bagi anda yang baru ingin mula menonton siri TV dari Korea atau anda tidak pernah menonton mana-mana K-Drama sebelum ini, pastinya anda tertanya-tanya drama apa yang patut anda tonton dahulu. Jadi, Tajria hari ini akan berkongsi kepada anda 7 K-drama yang boleh anda tonton di platform penstriman kegemaran anda, iaitu Netflix.

The Lonely and Great God – Goblin

Sekiranya anda suka akan kisah fantasi, anda mungkin boleh memasukkan drama Goblin ini ke dalam senarai tonton anda. Ia adalah drama fantasi tentang goblin atau roh dengan kehidupan abadi yang hidup di zaman moden. Dia perlu mencari pengantin perempuan yang terpilih untuk dia mengakhiri kehidupan abadinya.

Dibintangi Gong Yoo dan Kim Go-eun, ia adalah satu siri yang menarik dengan cerita yang segar dan unik di setiap episod. Selain Goblin, ia juga anda menceritakan tentang malaikat maut (lakonan Lee Dong Wook) yang hadir dengan kisahnya yang tersendiri. 

City Hunter

Bagi anda yang menggemari plot drama yang lebih banyak aksi dan mencabar, City Hunter mungkin pilihan terbaik untuk anda. City Hunter me ngisahkan tentang Lee Yoon Sung (lakonan Lee Min Ho) iaitu seorang lelaki yang hanya tujuan hidupnya untuk membalas dendam kepada mereka yang membunuh bapanya beberapa tahun sebelum ini.  Identiti Yoon-Sung adalah misteri yang mana dia telah berlatih untuk membalas dendam sejak dia masih kecil. Walaupun dia telah menyediakan rancangan dengan baik, namun sedikit demi sedikit ia menjadi tidak teratur apabila dia mula menyimpan satu perasaan terhadap seorang petugas Blue House.

Healer

Selain City Hunter, Healer juga merupakan sebuah lagi drama aksi dengan untuk cinta dan misteri. Siri ini menceritakan tentang seorang wartawan yang mencari bantuan daripada seorang pengintip bernama Healer untuk membantunya untuk mengungkap kebenaran di sebalik kuasa-kuasa besar di Korea. Anda pasti menyukai drama dengan lakonan aksi yang menarik, percintaan yang romantik dan drama politik.

Kill Me, Heal Me

Kill Me, Heal Me adalah drama komedi tentang seorang lelaki yang mengalami masalah memori dan gangguan personaliti dengan tujuh identiti yang berlainan. Hal ini berlaku disebabkan oleh pengalaman traumatik sewaktu zaman kanak-kanaknya. Secara rahsia, dia meminta bantuan pelajar psikiatri tahun pertama untuk merawat penyakitnya. Akhirnya, gadis itu jatuh cinta dengan salah satu keperibadiannya. Apa yang membezakan siri ini adalah kelainan yang dipertontonkan iaitu plot dan jalan cerita sukar untuk diramal.

Sky Castle

Siri ini menceritakan kisah dan perjalanan empat wanita dan keluarga yang cuba mengekalkan status quo dalam kalangan golongan elit masyarakat Korea Selatan. Drama ini mengisahkan tahap obses seseorang ibu dalam mendapatkan tempat di sekolah perubatan terbaik iaitu universiti elit di Korea Selatan untuk anak perempuannya dengan apa-apa sekalipun. Cerita ini juga menceritakan masalah yang sangat serius dalam masyarakat Korea yang mempunyai perasaan kompetitif di dalam bidang pendidikan dan obsesi keluarga elit kaya yang menginginkan anak-anak mereka memasuki universiti yang berprestij.

Prison Playbook

Drama ini mempunyai banyak kisah yang dipersembahkan. Prison Playbook menceritakan kisah tentang pemain besbol yang dijatuhkan hukuman penjara. Setiap episod menceritakan tentang perjuangan tertentu yang dilakukan oleh watak utama. Saya melihat keindahan dalam siri ini kerana kisah itu berlaku dan saya belajar lebih banyak tentang watak-watak. Prison Playbook membentangkan plot yang tidak konvensional dan unik yang memberi tumpuan kepada kehidupan di penjara. 

Doctor Stranger

Doktor Stranger mempunyai jalan cerita yang unik dan menarik. Plotnya mudah untuk difahami bagi anda yang meminati drama berkaitan perubatan. Ia menceritakan kisah seorang anak kecil, Park Hoon yang dihantar ke Korea Utara dan kemudiannya dilatih menjadi doktor. Selepas itu, dia menjadi pakar bedah kardiotorasik selepas menghadiri sekolah perubatan di Korea Utara. 

________________________________________________________________________

Terdapat banyak lagi K-drama yang anda boleh tonton menerusi saluran Netflix. Antara siri TV yang sedang hangat untuk masa sekarang termasuk Crash Landing On You, Kingdom, Itaewon Class, Hi Bye, Mama dan banyak lagi. Selamat menonton!