Semenjak perintah PKP dilaksanakan, pasti ramai dalam kalangan anda telah membiarkan kereta tersadai di tempat letak kereta ataupun di hadapan rumah untuk tempoh yang lama. Mungkin juga ada yang khuatir akan keselamatan enjin kereta jika ia tidak dihidupkan untuk tempoh yang lama. 

Jadi, perlukah anda menghidupkan enjin kereta setiap dua minggu bagi mengelakkan bateri kereta anda habis atau kering?

Jawapannya, tidak ada jeda masa atau tempoh tertentu untuk anda perlu menghidupkan enjin kereta. Kebiasaannya kereta moden atau baru tidak mempunyai banyak isu atau masalah. Walau bagaimanapun, cara anda menyelenggara kereta merupakan faktor utama yang penting dalam menjamin keselamatan kereta. 

Pada pendapat saya, anda perlu menghidupkan dan memanaskan enjin kereta sekurang-kurangnya setiap dua minggu. Jika boleh, pandu kereta anda keluar dari rumah selama 15 minit bagi mengetahui isu-isu lain yang mungkin anda terlepas pandang.

vehicles parked inside parking lot

Ketahanan bateri boleh dikatakan agak sukar untuk diramal. Ia bergantung kepada usia bateri, cuaca dan iklim serta kekerapan anda memandu. Menurut kajian, bateri menghasilkan elektrik melalui tindak balas elektro-kimia yang terkandung di kebanyakan bateri kereta. Elektrik dihasilkan sebagai aliran elektron dari bahagian anod lead oxide ke katod metallic lead, melalui larutan asid sulfurik. Oleh itu, bateri masih akan kehilangan caj mereka walaupun tidak digunakan yang mana disebabkan oleh reaksi dan tindak balas yang sentiasa berlaku di dalam sesebuah bateri.

vehicle headlight

Langkah Berjaga-jaga:

  1. Pastikan kereta diselenggara dan diservis sebelum anda meninggalkan kereta terbiar untuk masa yang lama.
  2. Tanggalkan palam pencucuh dan semburkan sedikit minyak ke dalam soket sebelum meletakkan palam kembali untuk mengelakkan kepala silinder berkarat.
  3. Selain bateri, tayar juga akan kempis dan badan kereta juga kotor dan berkarat jika anda membiarkan untuk tempoh yang lama. Pastikan anda melihat keadaan tayar dan bahagian dalam enjin sebelum memulakan perjalanan.
  4. Apabila anda ingin menggunakan kembali kereta yang tidak bergerak lama dengan tiba-tiba, panaskan enjin kereta selama 10-15 minit.

Kesimpulannya, berapa lama masa bateri untuk kering dan mati? Itu bergantung pada jangka hayat bateri, iklim (haba dan suhu akan mempercepat proses bateri kering) dan kekerapan dan jarak pemanduan anda. Selamat mencuba!

Lihat profil
Lina Rosli

643 artikel di Tajria.