Samsung Melancarkan Ketuhar Gelombang Mikro – Suaikan Dengan Dapur Rumah Anda

Samsung baru-baru ini telah melancarkan siri ketuhar gelombang mikro yang baru yang menampilkan pelbagai pilihan warna yang menarik. Bukan itu sahaja, ia juga membawakan reka bentuk ketuhar yang moden dan minimalis serta fungsi memasak yang inovatif sesuai untuk pelbagai jenis masakan.

Untuk siri kali ini, bahagian luaran ketuhar gelombang mikro membawakan panel sentuh kaca dan rekaan UX yang mesra pengguna dan minimalis serta. kemudahan penyelenggaraan secara percuma.

Berikut adalah beberapa kemudahan yang boleh pengguna alami:

Menyediakan makanan tanpa terjejas

Menerusi fungsi Grill dan Fry, ia membolehkan anda menggoreng makanan dengan cara yang lebih sihat tanpa menjejaskan rasa atau tekstur. Ketuhar gelombang mikro juga termasuk Plate Crusty bersalut Teflon yang mudah untuk dibersihkan selain turut boleh dipanaskan hingga 200°C.

Nyahbeku (defrost) yang pantas

Selain fungsi grill  dan fry, ketuhar ini juga membawakan fungsi lain iaitu Defrost. Ia mempunyai lebih daripada lima pilihan makanan seperti daging, ayam, ikan, roti, kek dan buah-buahan untuk dinyahbeku. Antara fungsi defrost yang ditampilkan termasuk Quick Defrost, Bread Defrost dan Power Defrost.

Rekaan dalaman yang mempersonakan

Siri ketuhar gelombang mikro yang baharu ini juga mempunyai bahagian dalam enamel seramik yang boleh dibersihkan tanpa memerlukan anda untuk menggosok dan menyental dengan kuat apabila kotor. Ia menampilkan seramik yang tidak akan berubah warna, tahan calar serta makanan tidak mudah lekat sekaligus menjadikan persekitaran masakan adalah lebih bersih.

Bagi yang berminat, anda boleh mula mendapatkan ketuhar terbaru dari Samsung iaitu Samsung MW5000T bermula harga RM599 dengan tiga pilihan warna iaitu Clean Mint, Clean Pink dan Pure Black.

Untuk maklumat lanjut atau ingin terus membeli, anda boleh klik pautan di bawah: