Carian
Elakkan Mandi Air Panas Terlalu Lama – Terhadkan Kepada 5 minit
March 31, 2020 Lina Rosli

Elakkan Mandi Air Panas Terlalu Lama – Terhadkan Kepada 5 minit

Secara puratanya, berapa lama tempoh masa anda mandi? Untuk saya sendiri, ia sekitar 10 hingga 15 minit. Sudah tentu anda akan mengambil kesempatan untuk menikmati air yang mengalir ke rambut dan badan anda sebelum mula untuk sabun dan syampu. Betul atau tidak?

Bukan itu sahaja, ramai dalam kalangan anda juga pasti gemar mendapatkan mandian air panas atau menggunakan water heater sebagai terapi dan relaksasi untuk otot dan minda. Namun, tahukah anda mandi air panas terlalu lama boleh mengakibatkan dua perkara yang tidak baik untuk kulit. Yang pertama, kulit akan kehilangan lapisan minyak semulajadi serta mengakibatkan kulit anda menjadi merah dan keradangan.

gray steel shower

Menurut kajian di NYC Surgical Associates, tempoh mandian menggunakan air panas atau hot shower yang ideal adalah sekitar lima hingga sepuluh minit. Ini adalah tempoh waktu yang sempurna untuk membersih dan menyucikan badan tanpa menghilangkan lapisan minyak yang baik untuk kulit.

Mengapa tidak boleh melakukan mandian air panas terlalu lama? 

Hal ini kerana wap air panas pada kulit boleh menyebabkan kulit menjadi kering, merekah dan meradang sekaligus membuatkan anda berasa gatal-gatal. Oleh itu, jika anda ingin mandi sedikit lama, anda disarankan untuk menurunkan sedikit suhu air menjadi lebih suam dan sejuk.

Selain itu, ia juga memberi kesan kepada pembuluh darah yang mana saluran kapilari darah menjadi besar sekaligus membuatkan timbul bintik-bintik merah di sekitar kawasan kulit anda.

yellow bath duck

Kesimpulannya, waktu mandian yang lebih pendek, menggunakan air sejuk dan kurang kerap adalah lebih baik untuk kulit, terutama pada musim yang kering dan kurang lembap seperti musim hujan dan tengkujuh. Bagi anda yang mempunyai masalah kulit seperti psoriasis, eczema dan rosacea juga perlu lebih berjaga-jaga dan tidak menjadikan mandian air panas sebagai tabiat. Selamat mencuba!

Komen