Adakah Selamat Untuk Makan Telur Yang Telah Tamat Tempoh?
Betulkah telur juga mempunyai tempoh luput? Sesetengah pengeluar akan meletakkan tarikh akhir penggunaan dan ada segelintir yang sekadar meletakkan tarikh tersebut dikeluarkan.
Untuk pengetahuan anda, telur akan kekal segar sehingga 66 hari iatu sekitar 2 bulan. Cara penyimpanan telur dengan betul adalah kunci untuk memanjangkan jangka hayat telur tersebut. Bagi memastikan telur kekal segar adalah dengan menyimpan telur dalam bekas asli mereka di dalam peti sejuk. Ia bertujuan untuk membantu mengurangkan kelembapan yang boleh menyebabkan telur menjadi busuk atau tidak elok.
Pembekuan telur adalah tidak digalakkan kerana selepas membeku, tekstur telur akan berubah menjadi tebal. Jadi, adakah selamat untuk makan telur yang telah tamat tempoh? Jawapannya adalah ya, telur anda selamat untuk dimasak atau dimakan dengan syarat anda telah menyimpannya dengan betul.
Selain itu, tarikh yang dilekatkan pengeluar pada karton telur adalah bukan tarikh untuk menentukan tarikh luput telur. Ia sebenarnya adalah panduan untuk peniaga mengetahui berapa lama mereka dapat menjual telur-telur di kedai.
Telur mentah akan mengekalkan kualiti terbaik mereka selama 3 minggu selepas tarikh “sell by”, “use by”, “best by”, atau “expired date” pada karton jika disimpan dengan baik. Bukan itu sahaja, terdapat sesetengah pendapat mengatakan ia juga masih selamat digunakan sekurang-kurangnya 4 hingga 5 minggu selepas tarikh itu, dengan syarat mereka telah disejukkan dengan baik dan tidak retak atau rosak.
Berikut adalah langkah untuk mengetahui sama ada telur anda masih elok untuk dimakan atau sebaliknya:
Semak Use-by-date
Menurut Jabatan Pertanian Malaysia, semua gred telur mempunyai tarikh pek iaitu tarikh selepas telur telah siap dibasuh, dinilai dan disusun dan dicopkan pada karton. Ada sesetengah pengeluar akan meletakkan Julian Date iaitu nombor tiga angka yang mewakili hari untuk tahun tersebut. Tarikh 1 Januari akan disenaraikan sebagai 001, 2 Januari sebagai 002 dan 31 Disember pula adalah 365.
Letak Di Dalam Air
Isikan mangkuk lutsinar dengan air sejuk dan letakkan telur anda di dalamnya. Jika telur tenggelam ke bahagian bawah dan meletakkan rata pada sisi mereka, ia menunjukkan bahawa telur tersebut segar segar. Sementara itu, jika ia berada dalam keadaan tegak bermakna telur itu telah dikeluarkan selama minggu dan masih elok untuk dimakan. Tetapi jika anda mendapati telur yang terapung di permukaan mangkuk, ia menunjukkan telur tersebut sudah lama dan tidak boleh dimakan.
Terdapat cara lain yang turut boleh digunakan untuk mengetahui keadaan telur. Anda boleh memecahkan telur tersebut dan melihat jika kuning telur masih lagi bulat dan tidak merebak ke bahagian putih, ia bermasuk telur tersebut masih segar dan selamat untuk di makan.
Adakah anda boleh mengalami masalah kesihatan jika makan telur yang sudah rosak? Jawapannya adalah ya. Risiko utama makan telur yang telah busuk ialah jangkitan Salmonella, yang boleh menyebabkan cirit-birit, muntah dan demam. Oleh itu anda disarankan untuk menyimpan dan membersihkan telur dengan baik bagi meningkatkan jangka hayat telur. Jadi, ingatlah untuk sentiasa mengamalkan penyimpanan makanan yang baik dan guna telur sebelum tarikh yang dicadangkan di atas.