Carian
Haiwan Peliharaan Di Dalam Rumah – Bagaimana Untuk Kekal Bersih?
April 1, 2020 Lina Rosli

Haiwan Peliharaan Di Dalam Rumah – Bagaimana Untuk Kekal Bersih?

Adakah anda mempunyai haiwan peliharaan? Mungkin anda miliki kucing yang boleh menemani anda di rumah? Atau arnab sebagai sahabat karib anda? Jika ya, pasti anda mempunyai waktu yang sukar untuk memastikan rumah anda sentiasa dalam keadaan bersih dan tidak mempunyai bau yang kurang menyenangkan. 

silver tabby cat lying on chair

Tidak dinafikan, haiwan-haiwan ini sudah tentu memberikan anda ketenangan yang baik di saat anda sibuk dengan rutin harian. Namun, dalam masa yang sama anda juga perlu mengambil berat akan isu kebersihan haiwan tersebut agar tidak membawa sebarang penyakit kepada anda.

Masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakkan pemilik haiwan adalah bulu-bulu yang melekat pada sofa dan karpet serta najisnya yang mungkin kotor dan busuk jika kotaknya berada di dalam rumah. Oleh itu, bagi memastikan rumah anda berada di dalam keadaan yang segar dan bersih, anda perlu mencuba beberapa langkah di bawah untuk mengelakkan kemudaratan berlaku kepada anda dan rumah anda.

Bagaimana untuk mengurangkan bulu gugur atau tertanggal?

  1. Kerap sikat bulu kucing (atau haiwan peliharaan anda)
  2. Mandi sekurang-kurangnya sebulan sekali
  3. Tukar cara pemakanan. Ambil makanan yang mempunyai diet omega yang tinggi.
  4. Pastikan ia kekal hidrat.

Bersihkan bulu menggunakan roller lint

Setiap pemilik haiwan pasti mempunyai koleksi roller untuk membersihkan bulu yang terlekat pada karpet, sarung kusyen atau alas kaki anda. Ia merupakan satu alat yang baik untuk membersihkan kotoran kecil tanpa memerlukan anda menggunakan vakuum atau penyedut hampagas yang besar.

Letakkan baking soda ke dalam litter box.
Dengan mencampurkan sedikit soda penaik atau baking soda ke dalam litter box, ia mungkin dapat membantu menyerap bau najis haiwan peliharaan. Anda boleh mencampurkannya bersama-sama dengan pasir najis dan pastikan anda membersihkan kotak najis tersebut terlebih dahulu. Anda juga boleh menyembur penyegar (freshener) di ruang yang berbau.

Sediakan tempat khusus untuk haiwan perliharaan.

Dengan menyediakan tempat khas untuk mereka tidur, bermain atau makan, ia adalah lebih mudah untuk anda membersihkan kotoran. Hal ini kerana, anda hanya perlu menumpukan proses membersih hanya di satu tempat sahaja. Bukan itu sahaja, perabot dan karpet anda juga tidak akan rosak kerana ia tidak lagi menjadi tempat untuk mereka main dan mengasah kuku.

________________________________________________________________________

Jadi, berikut merupakan beberapa cara mudah yang boleh anda praktikkan bagi memastikan kawasan sekitar rumah anda sentiasa bersih dan segar. Dengan ini, anda dapat bermain dengan haiwan perliharaan anda dengan lebih selesa tanpa perlu risau akan kuman dan bakteria yang mungkin boleh menyebabkan alergi untuk individu yang tinggal di rumah anda. Selamat mencuba!

 

 

 

Komen