Bagi anda yang mungkin tidak ada idea tentang apa yang ingin disajikan sewaktu makan tengahari, Tajria hari ini ingin berkongsikan kepada anda mengenai resepi makan tengahari mudah yang anda boleh cuba di rumah.

Menu yang ingin diperkenalkan adalah Sup Ayam Mudah. Berikut adalah bahan-bahan dan cara memasak hidangan tersebut.

Bahan-bahan

  • Ayam cube 6-7 ketul atau boleh juga guna ayam fillet
  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 inci halia (diketuk)
  • 1 biji kentang (dipotong kecil)
  • 1 sudu besar minyak masak 
  • 2 sudu kecil garam 
  • 4 cawan air 
  • Daun sup (untuk hiasan)

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bawang putih dan halia sehingga wangi. 
  2. Kemudian, masukkan 4 cawan air. Tunggu sehingga mendidih.
  3. Kemudian masukkan ayam dan kentang. Biarkan sehingga kentang lembut dan ayam masak. 
  1. Masukkan garam, tutup api dan siap dihidang. Taburkan daun sup untuk naikkan aroma sup ayam tersebut. 

p/s: Boleh letak lobak merah kalau nak ada sayur dalam sup. Masukkan lepas kentang dan ayam lembut. 

Dah siap, mudah kan? Sedap dan mudah je resepi ni. Selamat mencuba! 

Lihat profil
Ammar28

5 artikel di Tajria.