Adakah Ubat Gigi Boleh Menghilangkan Calar Pada Kereta?
Pernahkah anda terbaca akan kegunaan ubat gigi yang mampu menghilangkan kesan calar pada cermin, skrin telefon pintar dan juga badan kereta? Namun, adakah ia benar-benar berkesan?
Ubat gigi mengandungi sejumlah kecil bahan yang kasar atau abrasive yang mana digunakan untuk membersihkan gigi. Bahan ini perlahan-lahan mampu menghilangkan lapisan kotoran, sehingga meratakan permukaan dan meratakan calar. Jika pada gigi, ia berkesan dalam memutih dan membersihkan gigi kerana ia mengandungi fluorida yang berfungsi dengan berkesan untuk melawan plak dan kotoran dengan membersihkan dan menggilap enamel gigi.

Tapi, adakah ia berkesan untuk calar di kereta? Jawapannya adalah ia bergantung kepada kedalaman calar pada badan kereta. Ia hanya berkesan jika tanda calar tidak sepenuhnya menembusi lapisan cat kereta anda. Sekiranya anda boleh memegang gores dengan kuku anda, ia mungkin terlalu dalam untuk dihilangkan menggunakan ubat gigi.
Untuk mencuba sama ada ia berkesan atau tidak, anda meletakkan ubat gigi pada kain lembap. Gosokkan ubat gigi ke atas garisan atau tanda scuff dengan cara gerakan bulat kecil pada permukaan yang calar. Lakukannya sehingga kesan tersebut sudah tidak kelihatan pada cermin atau skrin telefon anda.
Apakah fungsi lain ubat gigi? Terdapat banyak fungsi lain yang boleh dilakukan menggunakan ubat gigi. Sebagai contoh, anda boleh menghilangkan kesan kotoran pada kasut anda, membersihkan dan mengilatkan lampu kereta yang kuning, membersihkan cincin serta menaikkan semula warna perabot lama anda.
________________________________________________________________________
Kesimpulannya, ubat gigi membantu dalam membersihkan kesan kotoran atau bahagian calar yang tidak begitu dalam yang mana ia berfungsi mengilatkan permukaan menjadi rata. Namun, terdapat beberapa perkara lain yang boleh dilakukan menggunakan ubat gigi yang boleh anda cuba.