Menu Minum Petang – Cekodok Pisang
Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan, kebanyakan individu pasti akan meluangkan banyak masa di dapur bagi menyediakan menu sarapan, makan tengahari dan makan malam. Tidak ketinggalan juga, pasti anda tidak terlepas untuk menyediakan hidangan minum petang.
Jadi hari ini, Tajria akan berkongsi satu resepi kuih yang pasti menjadi kegemaran ramai individu iaitu Cekodok Pisang atau turut dikenali sebagai jemput-jemput pisang.
Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan dan cara penyediaan untuk memasak cekodok pisang.
Bahan-bahan
- 1 sikat pisang (kira-kira 12 biji bisang)
- 6 sudu tepung gandung
- 3 sudu gula
Cara Penyediaan
1. Buang kulit pisang dan kumpulkan pisang di dalam satu mangkuk. Setelah selesai, lenyekkan pisang tersebut sehingga hancur.
2. Masukkan tepung gandung dan gaul hingga sekata. Kemudian, campurkan sedikit gula. Sukatan gula adalah bergantung kepada citarasa anda.
3. Gaulkan semua bahan sehingga sebati. Pastikan adunan pisang dan tepung adalah tidak terlalu cair dan tidak terlalu banyak tepung.
4. Panaskan minyak dan gunakan api perlahan bagi menjadikan bahagian isi cekodok masak dengan sebaiknya. Goreng sehingga ia bertukar warna menjadi coklat gelap. Lakukan sehingga selesai. Selamat mencuba!