Dah bosan sangat tak tahu nak masak apa? Hari ini Tajria ingin berkongsi menu mudah, murah dan yang penting cepat! Jom masak Telur Masak Kicap Cili Api & Bawang. Berikut adalah bahan-bahan dan cara memasak hidangan tersebut.

Bahan-bahan

  • 2-3 biji telur ayam
  • 1 biji bawang merah (dihiris)
  • 4-5 biji cili api (dihiris)
  • 2-3 biji limau nipis (dibelah dua)
  • Minyak yang secukupnya untuk menggoreng telur
  • Kicap manis 

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak dan goreng kesemua telur. Tips nak dapat teksture telur yang best, letakkan minyak yang banyak. Biarpan panas, dan masukkan telur. Nanti dapat telur yang macam kat kedai. Tak percaya cuba la. 
  2. Lepas telur dah digoreng, angkat dan tepikan. Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk goreng bawang merah dan cili api. 
  3. Masukkan bawang merah dan cili api. Masak sehingga bawang layu. Kemudian angkat dan letakkan di atas telur. 
  4. Letakkan kicap manis ke atas telur. Akhir sekali perahkan limau nipis ke atas sajian tersebut. 

Dah siap! Hidangan ini sedap dimakan bersama nasi panas dan ikan bilis goreng. Selamat menjamu selera! 

Lihat profil
Ammar28

5 artikel di Tajria.