Dengan perkembangan dunia sekarang, segalanya menjadi mudah. Dulu nak beli barang, nak beli makanan, kena keluar rumah. Sekarang semuanya di hujung jari je. Buka je smartphone masing-masing, tekan apps & order. Tahu-tahu, barang atau makanan tu dah sampai depan pintu rumah. 

Terkini, anda juga boleh berkebun di dalam rumah. Tak payah ada tanah pun dah boleh bercucuk tanam. Dengan adanya alat ini, telah mengubah cara dunia untuk penanaman sayur ataupun herba. 

Rotofarm, yang menggunakan teknologi NASA untuk menanam sayuran dan herba

Rotofarm, alat unik untuk menanam sayuran atau herba ini telah direka oleh Toby Farmer yang berasal dari Melbourne, Australia. Beliau telah mencipta alat ini bagi memudahkan pengguna untuk mendapatkan sayur dan herba. Anda tak perlukan ruang yang besar, tidak perlu tanah atau baja dan yang penting ianya menjimatkan tenaga, masa dan air. Menurut Toby, dengan Rotofarm, anda hanya perlukan 4 langkah mudah:

  1. Letakkan benih di atas slot khas yang dipanggil Pre-Seeded Pods.
  2. Isikan Rotofarm dengan air dan nutrisi penting. 
  3. Monitor dan kawal melalui aplikasi Rotofarm 
  4. Tadaa, anda dah boleh menuai. Sayur dan herba akan membesar di dalam alat tersebut

Rotofarm ini sekarang ditawarkan di laman Indiegogo. Anda boleh membelinya dengan harga RM 2,228. Ianya akan di hantar kepada pembeli pada Oktober 2020. Untuk maklumat lanjut anda boleh ke laman ini.

Lihat profil
Ammar28

5 artikel di Tajria.