Stress Eating vs Comfort Eating -Makan Berlebihan Akibat Kebosanan Dan Tekanan?

Sudah masuk hari ke-20 bagi Perintah Kawalan Pergerakan. Ia menandakan hampir sebulan kita mengasingkan diri dan melakukan penjarakkan sosial di rumah masing-masing. Bagi anda yang bekerja pula, pastinya anda kini sedang bertungkus lumus melaksanakan kerja dari rumah sejak awal tempoh PKP lagi.

Tidak dinafikan bahawa salah satu cara untuk melindungi diri dari jangkitan wabak Covid-19 adalah menerusi pengasingan diri. Namun, apabila terperangkap di rumah terlalu lama juga boleh membawa kepada beberapa aktiviti yang tidak sihat, termasuk makan secara berlebihan.

person holding burger

Mengapakah hal ini boleh berlaku? Jawapannya adalah kebanyakan individu kini banyak menghabiskan masa di dalam rumah dengan aktiviti atau rutin yang sama setiap hari yang mana boleh membawa kepada kebosanan dan tekanan.

Apabila anda merasa tertekan, badan anda akan mengeluarkan cortisol yang dikenali sebagai hormon tekanan. Cortisol boleh meningkatkan selera makan sekaligus membuat anda merasa ingin makan makanan manis, masin dan berlemak. Hal ini kerana, otak anda berfikir ia memerlukan bahan bakar untuk melawan sebarang ancaman yang menyebabkan tekanan.

person holding hamburger on plate

Stress Eating atau Comfort Eating

Kebanyakan individu sering menjadikan alasan comfort eating untuk mendapatkan makanan. Kita cenderung untuk mengambil makanan ringan, gula-gula dan lain-lain makanan apabila berlaku sesuatu perkara buruk dan ingin menjadikan emosi anda lebih baik. Comfort eating adalah tabiat makan yang dilakukan bagi memenuhi keperluan emosi dan bukan perut anda. Malangnya, ia tidak dapat memperbaiki masalah emosi. Malah, ia biasanya membuatkan anda berasa lebih teruk.

Kedua-dua comfort eating dan stress eating seringkali melibatkan emosi negatif seperti sedih, tertekan, kesunyian dan lain-lain. Walau bagaimanapun, setiap reaksi orang adalah berbeza. Sesetengah individu bergantung kepada makanan sewaktu mengalami tekanan, namun orang lain mungkin memanfaatkan makanan setelah tekanan tersebut berakhir sebagai hadiah atau ganjaran.

Bagaimanakah Cara Untuk Mengatasi?

Berikut adalah beberapa idea atau cara bagi mengatasi masalah makan secara berlebihan: 

  1. Mengekalkan jadual makan harian yang sihat. Anda tidak perlu mengubah jadual makan biasa anda hanya kerana anda duduk di rumah. Jika anda terbiasa dengan makan tiga kali sehari, cuba melakukannya ketika bekerja dari rumah. Sama juga jika anda makan dua kali sehari, makan, maka ikut dan kekalkan rutin makan harian anda.
  2. Masa untuk mempelajari kemahiran baru. Jika anda sudah bosan dengan rutin harian di rumah, maka ini adalah masa untuk anda mempelajari kemahiran baru seperti mengambil kursus atas-talian atau memulakan hobi baru. Dengan ini, ia dapat mencegah anda dari bosan sekaligus dapat menjadikan hidup anda lebih berkualiti dan kurang tekanan.
  3. Jika anda makan secara berlebihan akibat tertekan, anda mungkin boleh melakukan aktiviti pengurusan emosi anda seperti melakukan yoga, bermeditasi atau bersenam di rumah.
  4. Mengawal portion atau kuantiti makanan. Hidangkan makanan mengikut kuantiti biasa. Elakkan daripada mengambil makanan dengan niat untuk makan sekali untuk makan malam. Ia tidak akan membuatkan anda kenyang sepanjang hari, kerana badan anda masih akan memproses makanan seperti biasa tapi menggunakan kadar tenaga yang lebih tinggi untuk mencernakannya.
  5. Pilih makanan berkhasiat. Mengisi dapur anda dengan makanan berkhasiat bukan sahaja boleh membantu meningkatkan kesihatan anda secara keseluruhan tetapi juga memerangi kecenderungan untuk makan secara berlebihan kerana nutrisi yang diambil mencukupi untuk anda kenyang sehingga tempoh tertentu.

________________________________________________________________________

Untuk menghentikan stress eating, anda perlu mencari cara lain untuk memenuhi keperluan emosi. Ia tidak cukup untuk sekadar memahami tabiat makan anda, bahkan anda juga perlu mengetahui dan memahami perkara yang menjadi trigger kepada emosi anda yang membawa kepada stress eating. Pastikan anda cari penyelesaian untuk menguruskan emosi anda dengan cara yang tidak melibatkan makanan. Anda juga perlu mengawal tabiat makan bagi mengelakkan kesan kesihatan yang negatif. 

Rujukan: URMC , Beaumont , Verywellfit