Tak Boleh Keluar Tengok Wayang Masa PKP ni? Jangan Risau, Jom Netflix Party

Perintah Kawalan Pergerakan masih lagi dijalankan dan mungkin akan berakhir pada 14 April ini. Diharap anda masih lagi menjadi rakyat yang bertanggunjawab untuk akur pada perintah kerajaan agar #JustStayAtHome dan tidak keluar kalau tiada urusan yang penting atau hal-hal kecemasan. 

Ya, saat ini anda sudah bosan, hati sudah meronta-ronta nak keluar ke rumah. Rindu nak berjumpa teman-teman dan keluarga yang sudah lama tidak berjumpa. Jom hilangkan bosan anda dengan menonton Netflix bersama-sama dengan mereka. Tapi macam mana? Hari ini, Tajria ingin berkongsi tips yang sangat best ini. Oh ya, sebelum terlupa, Netflix Party ini hanya berfungsi dengan menggunakan laptop atau PC ya. 

Caranya:

  1. Anda mestilah memiliki akaun Netflix dan Google Chrome di laptop atau PC. 
  2. Muat turun Chrome extension Netflix Party di sini. 
  3. Selepas install extension tersebut, buka video Netflix yang anda ingin tonton bersama kawan-kawan atau keluarga. 
  4. Tekan butang NP yang ada di sebelah atas pelayar chrome anda. Kemudian tekan Start Party.
  5. Copy link yang keluar dan kongsikan melalui whatsapp kepada yang lain. 
  6. Selepas itu, mereka perlu paste link tersebut di search bar Chrome mereka, kemudian tekan butang NP untuk sertai Netflix Party yang anda create. 
  7. Satu chat bar akan muncul di sebelah kanan pelayar web anda, dan anda boleh update icon dan nama anda di situ, dan siap! Selamat berparti. 

Yang bestnya mengenai Netflix Party ini, apa yang anda tonton dan lakukan terhadap video Netflix yang anda tonton seperti play, pause, stop, forward dan sebagainya akan sync juga dengan mereka yang lain. Ianya seolah anda berada di tempat yang sama. Jadi tak ada alasan lagi untuk bosan sepanjang PKP ini. Stay safe and enjoy your day!