Dysmenorrhea – Kekejangan Haid Yang Kronik?
Tempoh haid kadangkala ringan dan mudah untuk sesetengah remaja dan wanita muda, tetapi boleh menjadi menyakitkan bagi yang lain. Menstrual cramps atau kekejangan haid sering menjadi sebab utama yang mengapa haid adalah suatu perkara yang menakutkan dalam rutin bulanan wanita.

Apakah Dysmenorrhea?
Dysmenorrhea adalah istilah perubatan yang bermaksud tempoh yang sukar atau menyakitkan. Terdapat dua jenis dysmenorrhea, iaitu primer dan sekunder.
Dysmenorrhea primer adalah jenis kejang yang paling biasa. Cramps atau sakit sama ada di bahagian bawah perut atau bahagian bawah belakang boleh bermula 1-2 hari sebelum tempoh haid datang dan boleh berlangsung selama 2-4 hari. Sementara dysmenorrhea sekunder pula berlaku apabila kekejangan atau kesakitan belakang hasil daripada masalah perubatan seperti endometriosis atau penyakit radang pelvis.
Apa pula yang dimaksudkan endometriosis? Endometriosis adalah satu keadaan yang mana tisu atau lapisan rahim yang dikenali sebagai endometrium tumbuh di bahagian lain badan anda. Ia tumbuh di bahagian luar rahim seperti di tiub fallopian, ovari atau di sepanjang pelvis. Apabila lapisan itu pecah, seperti lapisan biasa di rahim yang menghasilkan darah haid.
Manakala untuk radang pelvis pula adalah sakit pinggul biasa yang mana disebabkan oleh:
- haid yang banyak
- tempoh haid lebih lama daripada tujuh hari
- pendarahan sewaktu haid
- kesakitan gastrousus
- kesakitan akibat persetubuhan
- pergerakan usus
- hamil
Apa yang menyebabkan menstrual cramps?
Kekejangan haid disebabkan pada kontraksi rahim. Sewaktu tempoh haid, lapisan rahim atau dinding uterus akan mengembang dan mengecut bagi mengeluarkan bahan kimia yang dipanggil prostaglandin. Bahan-bahan ini dapat meningkatkan keamatan kontraksi, terutama apabila ia berada pada paras tinggi sehingga boleh menyebabkan mual dan pening kepala.
Apa ubat yang boleh saya ambil untuk kekejangan haid saya?
Jika anda mengalami kekejangan haid yang berlarutan, bincanglah dengan ibu bapa atau penjaga kesihatan anda tentang pilihan anda. Jika kekejangan haid anda menyakitkan, antara ubat-ubatan yang disarankan termasuk anti-prostaglandin. Ia membantu melegakan ketidakselesaan selain menjadikan aliran anda lebih ringan serta rahim juga menjadi kurang kejang.
Selain itu, ubat-ubatan seperti ibuprofen atau naproxen sodium juga turut membantu dalam melancarkan aliran haid. Ambil ubat ini apabila anda mula berasa tidak selesa, dan mengambilnya setiap 4-6 jam atau seperti yang disyorkan oleh pembekal penjagaan kesihatan anda.
Pastikan anda membaca label sebelum mula mengambil ubat tersebut. Anda tidak boleh mengambil produk ini jika anda alah kepada ubat seperti aspirin atau mengalami masalah perut. Adalah penting untuk anda mendapatkan nasihat dan cadangan dari doktor atau pakar kesihatan bagi tindakan selanjutnya.