Carian
Ini Adalah 6 Khasiat Peria
April 8, 2020 Lina Rosli

Ini Adalah 6 Khasiat Peria

Peria atau nama saintifiknya momordica charantia merupakan tumbuhan tropika yang berasal dari keluarga labu, zucchini, skuasy dan timun.

Ia adalah tergolong dalam kumpulan buah yang mana mengandungi vitamin A, C, E, dan B yang tinggi, kalium, zink dan mikronutrien yang lain. Buah ini merupakan salah satu makanan ruji untuk masyarakat di China. Ia pada awalnya dijumpai di kawasan sekitar Asia Selatan dan kemudiannya dipasarkan di India Timur dan China Selatan.

Antara khasiat peria termasuk mampu mengurangkan kadar gula dalam darah. Dalam beberapa kajian sebelum ini, ia mengesahkan bahawa peria berhasil dalam mengubati masalah kencing manis atau diabetes. Ia menurunkan paras gula dalam darah dan hemoglobin A1c ke paras yang sederhana.

Berikut adalah beberapa khasiat peria yang lain iaitu:

Merawat Masalah Kulit

Selain merawat diabetes, ahli keluarga skuasy ini juga mempunyai ciri-ciri anti-radang yang sangat baik. Ia boleh merawat masalah kulit seperti ekzema, ruam, kusta, psoriasis dan luka.

Peria mengandungi agen antioksidan yang tinggi selain turut mempunyai sejumlah nutrien baik seperti vitamin A dan C yang mampu mencegah penuaan dan menhilangkan kedutan.

Melawan Kanser

Terdapat kajian menyatakan bahawa ekstrak peria mampu menghalang pertumbuhan sel kanser dengan cara mematikan pertumbuhan sel kanser (apoptosis).

Minyak benihnya mempunyai asid lemak aktif biologi yang mengganggu perkembangan sel-sel kanser payudara dan sel hati. Selain itu, keseluruhan buah dan ekstrak kulit melon pahit menunjukkan keberkesanan yang tinggi dalam memerangi kanser kolon.

Melegakan Sembelit dan Buasir

Peria membantu melancarkan pencernaan dalam usus. Bukan itu sahaja, ia juga merangsang sel-sel usus untuk mengeluarkan lebih banyak jus pencernaan. Melaluinya, ia dapat membantu mencerna makanan lebih cepat dan lebih baik.

Mengurangkan Tahap Kolesterol

Beberapa kajian pada haiwan mendapati bahawa peria boleh menurunkan tahap kolesterol untuk menyokong kesihatan jantung secara keseluruhan. Satu kajian pada tikus denagn diet kolesterol tinggi menunjukkan bahawa ekstrak peria membawa penurunan yang ketara dalam jumlah kolesterol yang tidak baik, LDL, dan trigliserida.

Walau bagaimanapun, pengesahan penurunan kolestrol ini hanya didapati pada haiwan sahaja dan tidak banyak pada manusia. Kajian tambahan diperlukan untuk menentukan sama ada kesan yang sama akan berlaku kepada individu yang mengamalkan memakan peria dalam diet pemakanan mereka.

Menurunkan berat badan

Peria mempunyai kandungan kalori rendah tetapi serat yang tinggi. Dengan kehadiran serat, ia membantu membuatkan anda lebih kenyang sekaligus mengurangkan rasa lapar dan nafsu makan. Oleh itu, menukar bahan kalori yang lebih tinggi dengan peria dapat membantu meningkatkan pengambilan serat dan mengurangkan kalori untuk mempromosikan penurunan berat badan.

Bukan itu sahaja, sesetengah kajian juga menunjukkan bahawa peria boleh memberi kesan yang baik terhadap pembakaran lemak dan penurunan berat badan.

________________________________________________________________________

Peria merupakan sejenis buah yang pahit yang mana buahnya, biji, kulit, daun, dan pelbagai bahagian tumbuhan ini juga mengandungi pelbagai nutrien yang sangat berkhasiat. Ekstrak peria pula mempunyai sifat antioksida, anti-radang, antidiabetic, anti obesiti dan anti-proliferatif. 

Namun, harus diingatkan bahawa pengambilan peria dalam diet perlulah secara sederhana dan tidak terlampau berlebihan. Oleh kerana kesannya terhadap gula darah, anda mendapatkan nasihat dari pakar pemakanan kesihatan sebelum memakannya jika anda mengambil ubat penurun gula darah.

Rujukan: Stylecraze , Healthline , GreenMyLife

Komen