Pimple Patch – Adakah Berkesan Untuk Menghilangkan Jerawat?
Pimple patch atau pelekat jerawat adalah sejenis pelekat yang digunakan untuk menutup kehadiran jerawat pada kulit. Kebiasaannya, ia bersaiz bulat dan kecil serta bersifat hydrocolloid iaitu sejenis pembalut luka yang menghasilkan kelembapan tanpa mengeringkan kulit di sekelilingnya.
Bukan itu sahaja, pimple patch juga berupaya menyerap cecair yang berlebihan, dan ini menarik minyak dan kotoran dari jerawat. Antara manfaat tambahan yang lain termasuk menghalang anda daripada memicit jerawat di muka yang boleh menyebabkan keradangan dan meningkatkan risiko jangkitan dan parut.

Selain itu, pimple patch berfungsi dengan baik untuk menghilangkang jerawat yang mempunyai liang terbuka, laluan mudah untuk perut untuk mengalir keluar. Tampalan ini juga boleh dikatakan berfungsi pada jerawat di kawasan kulit atau permukaan yang bernanah dan komedo, tetapi tidak berkesan untuk jerawat cyst. Namun, ia adalah lebih baik untuk berunding dengan ahli dermatologi untuk rawatan yang lebih berkesan untuk kulit anda.
Jadi, adakah pimple patch berkesan untuk menghilangkan jerawat? Jawapannya adalah pimple patch baik untuk mengecut dan mengeringkan jerawat. Namun, ia tidak sesuai digunakan untuk jenis jerawat atau parut yang dalam (deep acne).
Menurut ahli dermatologi, Dr. Lavanya Krishnan, pengguna perlu mengetahui keadaan kulit dahulu sebelum menggunakan atau memakai sebarang jenis produk atau tampalan jerawat. Hal ini kerana, terdapat sesetengah pimple patch hanya mempunyai kebolehan mikroneedling dan ia tidak cukup mendalam untuk menembusi kulit untuk menyembuhkan jerawat yang lebih dalam.
Bagaimana untuk memastikan pimple patch yang digunakan adalah baik?
Cari atau guna pimple patch yang mengandungi bahan salicylic acid dan benzoyl peroxide yang sesuai untuk rawatan jerawat. Manakala untuk jerawat yang lebih dalam (deep acne) pula memerlukan suntikan kortisol atau rawatan lain lebih teliti.
Pakar juga mengesyorkan untuk menggunakan patch pada wajah yang bersih dan kering sebagai langkah pertama dalam rutin penjagaan kulit harian anda. Selamat mencuba!