Ini Adalah 5 Saluran Podcast Untuk Wanita Yang Boleh Di Strim Di Rumah
Podcast menjadi satu trend pada masa kini yang mana ia merupakan saluran baru seakan radio yang membincangkan topik-topik yang pelbagai selain turut mudah distrim di internet. Melalui podcasting, semua individu dapat berkongsi pendapat dan suara dalam berdiskusi mengenai gaya hidup, agama, politik dan dunia.

Jika anda lihat, terdapat banyak aplikasi dan platform yang menyediakan podcast sama ada secara percuma atau berbayar. Bagi anda yang baru ingin mencuba mendengar podcast, berikut adalah beberapa saluran podcast yang dikendalikan oleh wanita yang mungkin boleh anda strim di Spotify, Apple Podcast dan banyak lagi.
The Money Mindset oleh Ashley Patrick
Saluran podcast ini memfokuskan kepada pengurusan kewangan peribadi yang mana ia ditubuhkan pada September 2019 yang lepas. Ashley Patrick merupakan pakar kewangan dari Ramsey Solutions Master Financial Coach. memulakannya pada September 2019, jadi masih bayi.
Bagi anda yang berminat, saluran podcast ini membincangkan tentang cara menguruskan kewangan dan perbelanjaan sekaligus membantu menyelesaikan hutang dengan cepat. Menurut Ashley, pengurusan kewangan yang baik adalah bermula daripada cara pemikiran mengenai kewangan yang mana perlu diubah selari dengan keperluan dan gaya hidup bagi menambahbaik kehidupan anda.
Untuk mendengar: Spotify – The Money Mindset
Wellpreneur oleh Amanda Cook
Wellpreneur adalah saluran podcast untuk usahawan dalam industri kesihatan seperti jurulatih kesihatan, guru yoga, pakar pemakanan serta usahawan yang ingin mengembangkan perniagaan mereka. Melalui saluran podacast ini, Saluran ini membincangkan tentang kesejahteraan untuk usahawan, pemasaran atas talian dan teknik dan alternatif yang boleh dipraktikkan oleh para usahawan untuk membangunkan perniagaan mereka.

Saluran ini telah mengandungi lebih daripada 200 episod yang mana ia telah ditubuhkan sejak 2014. Kesemua episod ini membantu para wellness practitioner atau wellpreneur untuk mencari peluang untuk meneroka pelbagai ilmu berkaitan yang menarik termasuk gaya pemakanan yang sihat, pengetahuan mengenai herba tradisional, kitaran kesihatan semulajadi dan banyak lagi.
Untuk mendengar: Spotify – Wellpreneurs
Goalden Girls oleh Lisa Michaud
Sebelum memasuki ke arena podcast, Lisa Michaud merupakan penulis blog dan kemudiannya melancarkan Goalden Girls Podcast pada Oktober 2019. Saluran podcast ini memfokuskan kepada keseimbangan dalam kerja dan kehidupan serta pengurusan kewangan untuk wanita. Setiap minggu, Lisa Michaud akan membawakan anda tips, strategi untuk mencapai matlamat selain membawakan kisah inspirasi untuk membantu anda menggapai impian dan matlamat terbesar anda.

Melalui saluran podcast ini, Goalden Girls Podcast membantu anda menghadapi ketakutan anda dan membina konfiden dalam diri untuk mencapai lebih banyak kejayaan.
Untuk mendengar: Spotify – Goalden Girls , Apple Podcast – Goalden Girls
The Mentorship Quest oleh Shila Morris dan Kay Solerno
Tidak seperti podcast yang lain, The Mentorship Quest menyediakan kepada anda 6 minit podcast yang membawa manfaat yang baik kepada anda. Mini podcast ini memfokuskan beberapa nasihat yang dapat meningkatkan produktiviti dalam kehidupan dan perniagaan.
Untuk mendengar: Spotify – The Mentorship Quest
Knotch’s Pros and Content oleh Anda Gansca
Anda Gansca merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas bersama Knotch. Pros and Content membincangkan strategi yang efektif, tips pelan rancangan yang baik serta cara bagaimana untuk mengelakkan andaian pemasaran tradisional yang tidak relevan.

Setiap minggu, Pros and Content akan membawakan kepada anda sesi temubual bersama barisan peniagaan dan usahawan hebat dari Salesforce, Walmart, Delloite, SAP dan banyak lagi untuk mengupas dan membincangkan topik-topik menarik selain membawakan kepada anda idea dan tips dalam membina karier.
Untuk mendengar: Spotify – Pros and Content, Apple Podcast- Pros and Content
________________________________________________________________________
Berikut adalah beberapa senari saluran podcast yang dikendalikan oleh wanita yang menarik. Ia merangkumi topik-topik menarik dari segi pembangunan diri, kehidupan, gaya hidup dan pekerjaan. Di harap melalui perkongsian ini, ia dapat membantu anda untuk mendapatkan idea ringkas mengenai podcast serta topik perbincangan yang boleh didapatkan di podcast. Selamat mencuba!