Motor Lebih Kerap Tukar Tayar Berbanding Kereta – Bila Anda Perlu Ganti?

Tahukah anda bahawa tayar motor perlu lebih kerap diganti berbanding kereta? Hai ini kerana keadaan untuk kedua-dua jenis tayar adalah sangat berbeza. Lebih-lebih lagi jika anda menunggang motosikal berprestasi tinggi. 

Sebagai perbandingan, kompaun tayar motosikal adalah lebih lembut berbanding tayar kereta yang mana menjadikan ia lebih cepat haus dan tidak tahan lama. Selain itu, jika dibandingkan dengan kereta, motosikal juga perlu mempunyai pekali geseran (coefficient of friction) yang lebih tinggi kerana anda bukan sahaja mempunyai beban biasa lurus ke bawah tetapi anda juga mempunyai beban pada sisi tayar yang mana digunakan sewaktu membuat pusingan.

Selain itu, saiz kontak tayar dengan jalan juga memainkan peranan dalam ketahanan tayar. Dalam kes kereta, ia mempunyai empat tayar serta saiz kontak yang lebar dan besar. Sementara motosikal pula hanya mempunyai dua tayar dengan saiz kontak yang lebih kecil. 

Perbezaan lain yang ketara termasuk tayar kereta hanya berada dalam keadaan tegak yang mana secara keseluruhannya tayar akan melakukan kontak pada jalan sepanjang masa. Tidak seperti motosikal, kontak tayar adalah tidak tetap dan akan berubah sewaktu motosikal bergerak. Dengan ini, struktur dan kompaun tayar, kadar kelajuan pemanduan, saiz kontak dan aspek lain yang tinggi menjelaskan mengapa tayar motosikal lebih cepat haus berbanding tayar kereta.

Bilakah Anda Perlu Menukar Tayar Motor?

Jelas sekali, banyak faktor yang perlu diambil kira yang memerlukan anda untuk menukar dan mengganti tayar motosikal anda. Faktor-faktor ini termasuk kelajuan pemanduan, tekanan tayar yang anda gunakan dan cara penjagaan tayar anda.

Kedalaman Tapak 

Untuk memastikan bahawa anda tidak meneka jangka hayat tayar motosikal anda sewenangnya, kebanyakan pengeluar sering menambah bar yang diletakkan di atas bunga tayar. Apabila bar tersebut haus dan selari dengan tapak, ia bermaksud anda perlu menggantikan tayar anda.

Cara lain yang boleh anda gunakan adalah teknik penny. Letakkan satu sen di tapak tayar dan periksa kedalaman bunga tayar. Jika ia masih tebal, maka anda masih mempunyai masa untuk menggunakan tayar sebelum sampai tempoh penggantian.

Jangka hayat tayar

Secara amnya, jangka hayat tayar motosikal adalah tidak boleh melebihi lima tahun. Sesetengah pakar menyarankan penunggang yang kerap menggunakan motosikal untuk menukar tayar di setiap setahun. Walau bagaimanapun, anda boleh memanjangkan ini hingga sepuluh tahun.

Rekahan

Seperti bahagian lain motosikal, tayar tidak sepenuhnya kebal apabila berlaku pendedahan berterusan kepada cahaya matahari. Malah, jika tayar anda telah terdedah dengan cahaya matahari untuk tempoh lama, anda mungkin melihat beberapa rekahan di sisi dinding atau di tapak tayar.

Tekanan

Anda perlu memeriksa tekanan pada tayar sekali-sekala untuk memastikan tayar tidak kehilangan tekanan terlalu cepat dan berada di dalam keadaan yang baik. Jika hal ini berlaku, kemungkinan tayar motosikal anda telah haus.

________________________________________________________________________

Bagi meningkatkan tempoh penggunaan tayar dan mengurangkan kekerapan menukar tayar, berikut adalah beberapa garis panduan yang boleh anda praktikkan:

  1. Mematuhi had laju, elakkan pecutan pantas dan brek keras
  2. Memastikan tekanan tayar berada pada tahap yang betul
  3. Tidak membawa beban yang terlalu banyak seperti bilangan penumpang yang banyak
  4. Terhadkan had perbatuan yang minimum