Lina Rosli Diterbitkan 10 April 2020

Resepi Mudah Tortilla Daging Lada Hitam Dengan Cendawan

Resepi Mudah Tortilla Daging Lada Hitam Dengan Cendawan

Bagi anda yang sudah bosan dengan menu biasa, mungkin anda boleh mencuba menu baru dari dapur Tajria iaitu tortilla daging lada hitam dengan cendawan. Ia tidak memerlukan masa yang lama menyediakan kesemua bahan yang diperlukan. Masa yang diambil sekadar 15 hingga 20 minit sahaja. Dan jika anda sedang mencari pilihan rendah karbohidrat, anda juga boleh menggantikan tortilla kepada roti wholemeal sebagai pengganti wrap anda.

Berikut adalah senarai bahan yang diperlukan untuk menyediakan tortilla daging lada hitam dengan cendawan:

Bahan-bahan A

Hidangan untuk 4 orang makan

  • 200 gram daging (dicincang halus)
  • 1/2 tin cendawan butang (potong dadu)
  • 4 ulas bawang merang (dicincang halus)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 1 sudu lada hitam
  • 1 sudu sos tiram
  • Garam secukup rasa

Bahan-bahan B

  • Tortilla
  • Mayonis
  • Sos lada hitam
  • Sos cili

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau. Pastikan anda tidak menggunakan terlalu banyak minyak.

2. Seterusnya, letakkan garam secukup rasa. Dan masukkan daging dan tumis selama 3 hingga 5 minit. Tunggu sehingga hilang warna merah pada daging dan biarkan air daging tersebut kering.

3. Kemudian, masukkan cendawan yang telah dipotong dan gaul bersama daging untuk beberapa ketika.

4. Masukkan sos tiram dan lada hitam. Biarkan kesemua bahan masak selama 2 minit dan kemudiannya boleh diangkat masuk ke dalam mangkuk.

5. Untuk tortilla, anda boleh masaknya di dalam ketuhar selama 1 minit atau panggang di atas api selama 1 minit untuk setiap bahagian.

6. Setelah selesai, anda boleh meletakkan daging di atas tortilla bersama-sama dengan mayonis, sos lada hitam serta sos cili. Selamat mencuba!