Tiktok Membawakan Aktiviti Yang Dapat Menceriakan Hari Anda
Dalam masa-masa yang sukar ini, pasti ada dalam kalangan anda yang sukar mengekalkan positiviti dalam diri. Lebih-lebih lagi apabila perlu bekerja dari rumah sewaktu PKP ini. Sudah tentu anda akan banyak menghabiskan masa anda di hadapan komputer atau di meja kerja dan tidak dapat melakukan aktiviti di luar rumah. Jadi, bagi membantu anda untuk menenangkan fikiran serta mengurangkan tekanan anda, terdapat beberapa aktiviti yang boleh anda cuba pada hujung minggu ini sebelum memulakan minggu dan hari baru pada Isnin ini.

Dalam anda melaksanakan perintah #StayAtHome dari pihak kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia, TikTok hadir dengan beberapa cabaran yang boleh menceriakan hari anda di rumah. Cabaran #LaughAtHome dilakukan bagi membantu menyebarkan positiviti dalam diri individu menerusi aktiviti yang dapat dilakukan bersama keluarga di rumah. Cabaran #LaughAtHome ini mempunyai lima kategori berbeza yang boleh anda cuba dan praktikkan.

Selain itu, bagi anda yang sedang mencari aktiviti baru semasa tempoh PKP ini, anda juga boleh berseronok dengan cabaran #GamesAtHome di TikTok. Pengguna boleh menerokai pelbagai jenis permainan yang menyeronokkan yang ditawarkan di platform berkenaan. Anda juga boleh melakukan cabaran ini bersama rakan anda yang lain secara atas-talian.

Bagi anda yang berminat, anda boleh mula memuat turun aplikasi TikTok di Google Play Store dan Apps Store untuk memulakan cabaran hari ini. Pastikan anda menurut perintah dan saranan daripada pihak kerajaan untuk kita bersama-sama memerangi virus Covid-19 ini. Di harap semoga anda kekal sihat dan selamat sepanjang tempoh PKP ini!