Bagi anda yang memakai solekan, pasti kadangkala akan mengalami masalah yang mana cecair foundation terkena pada tudung. Ataupun apabila anda ingin menukar pakaian, solekan akan terlekat kotoran pada kolar sewaktu ingin menarik keluar baju anda.
Tidak dapat disangkal lagi, solekan adalah salah satu jenis kotoran yang paling sukar untuk dibersihkan. Pasti anda telah melakukan pelbagai cara untuk menghilangkannya namun masih gagal. Oleh, hari ini Tajria akan berkongsi cara mudah yang dilakukan oleh beauty youtuber, Kalei Lagunero untuk membersihkan kotoran solekan pada tudung kesayangan anda.
Dalam video pendek Kalei, ia menunjukkan bagaimana dia menggunakan krim pencukur atau shaving cream untuk menghilangkan kotoran degil pada sehelai pakaiannya. Menurutnya juga, tidak ada jenama yang spesifik yang perlu digunakan untuk membersihkan kotoran foundation.
Cara membersih:
- Letakkan krim pencukur di kawasan yang terkena foundation.
- Biarkan ia berbuih selama beberapa minit (10 minit adalah memadai). Kemudian, gosokan krim pada kawasan yang kotor sehingga ia hilang.
- Basuh krim pada tudung dengan air sejuk. Dan selepas itu, bilas pula dengan air hangat. Lakukan beberapa kali untuk hasil yang lebih memberangsangkan.
Petua ini juga berguna untuk mengelakkan anda daripada membiarkan tudung kesayangan anda terbiar tidak di pakai akibat terkena solekan. Tambahan, produk seperti krim pencukur juga mudah didapati di pasaran atau mana-mana pasaraya pada harga yang tidak begitu mahal. Di harap cara mudah ini dapat memudahkan kerja pembersihan pakaian anda di rumah. Selamat mencuba!