Perintah Kawalan Emosi
Seperti yang kita tahu, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bersambung lagi. Kali ini untuk fasa yang ketiga. Semua negeri di jaga dengan rapi. Kita tidak lagi boleh keluar sembarangan. Kalau dulu, kehidupan bersosial kita tidak pernah terganggu. Keluar makan bersama keluarga, berjalan bersama kawan-kawan dan berlari mengeluarkan peluh di taman rekreasi kini tidak lagi boleh dilakukan. Dalam tempoh ini, kehidupan sosial kita benar-benar dicengkam. Mengapa? Tidak perlu saya ulaskan lagi. Masing-masing sudah maklum akan hal tersebut.
Tetapi apakah kita boleh melakukan sesuka hati kita? Jawabannya adalah ya. Jika kita tidak menyayangi diri kita sendiri dan keluarga kita. Malah masyarakat Malaysia secara amnya. Wajar untuk kita bersabar menghadapi dugaan ini. Kehidupan kita terbatas dan kita perlu benar-benar memahami dan mendalami. Mengapa kita tidak cukup hanya memahami dan perlu juga mendalami? Dalamilah perjuangan barisan hadapan. Mereka kadang tidak pulang ke rumah beberapa bulan. Berhempas pulas untuk menyelamatkan negara ini dari terus dibelenggu masalah virus yang berbahaya ini. Cukup dengan mematuhi segala perintah yang telah dikeluarkan oleh kerajaan. Lupa kan sengketa politik. Mari bersatu memperjuangkan negara kita!
Apabila PKP ini dilakukan, kebiasaan kita mencari nafkah agak terganggu. Tidak kira sektor kerajaan mahupun swasta. Nah! Ini yang menyebabkan semakin banyak diantara kita yang tidak mampu lagi mengawal emosi. Daya tahan emosi kita terganggu. Banyak fikiran yang beban diruang akal kita. Faktor ekonomi antara yang paling banyak membuatkan emosi kita tidak stabil dan ini dapat menyebabkan sesetengah daripada kita boleh jatuh ke tahap stres dan depresi . Jadi bagaimana kita boleh menghindarkan dari berlakunya perkara-perkara sebegini?
Salah satunya adalah melakukan hal-hal yang baru. Sebagai contoh jika kita tidak bekerja, lebih baik kita mencari pekerjaan yang baru sendiri. Seperti menjual makanan dan lain – lain. Waktu ini adalah waktu yang tepat untuk kita mencuba bidang yang baru. Kita harus sibukan diri dengan aktiviti yang bermanfaat walaupun berada di rumah. Tidak menjadi alasan untuk kita terus bersosial walau pun tidak bertatap muka. Optimalkan penggunaan sosial media untuk terus berinteraksi sesama teman-teman dan keluarga kita. Selain itu, berolahraga juga dapat memberikan hormon kebahagian kepada kita. Lakukan olahraga yang teratur sekurang-kurangnya 30 minit dalam sehari. Olahraga ini boleh dilakukan setiap dua hingga tiga kali seminggu. Menurut kajian, olahraga atau bersenam dapat mengurangi stres dan meningkat sistem pertahanan tubuh. Tip yang berikutnya adalah memakan makanan yang bernutrisi. Harus ditekankan yang ‘bernutrisi’. Makanan sangat penting untuk penjagaan sistem pertahanan tubuh badan kita. Jika apa yang kita makan tidak bernutrisi, ini akan menyebabkan sistem pertahanan kita tidak optimal dalam bekerja. Cukup dengan hanya mencari di laman sesawang atau Youtube fakta tentang makanan yang bernutrisi. Jika tidak pasti sila rujuk kepada orang-orang yang ahli dalam bidangnya.
Makanya harus tersusun melakukan hal-hal positif yang sedemikian rupa. Memperkasakan perintah kawalan emosi diri kita. Jika masih tidak lagi merasakan perubahan, kita boleh berkongsi resah kita ditalian yang telah disediakan oleh kerajaan Malaysia. Bantuan kaunseling ini bertujuan untuk mengurangi angka stres dan depresi sewaktu tempoh PKP ini dijalankan. Anda boleh menghubungi talian sokongan emosi dan psikososial COVID-19 yang beroperasi setiap hari dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Talian ini dapat dihubungi melalui nombor yang tertera 011-63996482, 011-63994236 atau 03-29359935.
Tiada lagi daya upaya kita sebagai manusia untuk berserah sepenuhnya kepada Allah Swt setelah melakukan segala usaha dan daya upaya. Moga PKP ini selesai berakhir dan kehidupan kita kembali normal. Jangan pernah lupa untuk kita selitkan secebis doa untuk para barisan hadapan yang sentiasa berjuang untuk masa depan negara kita. Moga Allah Swt memberikan mereka hidayah dan syurga yang tertinggi. Bagi yang sudah pergi atau pun yang masih tegak berdiri dalam menempuh waktu yang getir ini. Dengan izin Allah, masalah ini akan selesai.