Lina Rosli Diterbitkan 14 April 2020

Berapa Kerap Perlu Menyiram Houseplant?

Berapa Kerap Perlu Menyiram Houseplant?

Berapa kali anda akan menyiram tanaman di rumah anda? Tahukah anda bahawa tanaman rumah atau houseplants tidak perlu diseram dengan kerap. Sebaiknya ia perlu disiram setiap 1 hingga 3 minggu. 

two green potted plants on wooden stands near window

Walau bagaimanapun, anda masih perlu memantau houseplants anda dan tahap air yang diperlukan dan bukannya perlu disiram mengikut jadual. Terdapat sesetengah pendapat mengatakan, houseplant hanya perlu diseram jika tanahnya terlihat kering. Namun, bagi memudahkan anda, Tajria hari ini akan berkongsi sedikit tips mengenai penjagaan houseplant.

Untuk memastikan tumbuhan atau tanaman rumah anda tumbuh dengan baik, anda perlu mengetahui saiz dan jenis tumbuhan, suhu dan kelembapan dalam rumah anda serta kadar pertumbuhan pokok.

Berikut adalah beberapa tips untuk mengetahui kekerapan penyiraman tanaman rumah anda:

Jenis tanaman

Sebilangan pokok atau tumbuhan memerlukan keadaan yang lembap namun ada juga yang suka akan kawasan yang kering. Periksa paras air yang diperlukan tumbuhan anda kerana ia sangat membantu untuk menilai sama ada ia memerlukan air atau tidak.

assorted-color petaled flowers in bloom

Uji kekeringan tanah

Gunakan jari telunjuk anda dan masukkan ke dalam pasu tanaman anda. Anda akan dapat merasakan sama ada kondisi tanah lembap atau sebaliknya. Bagi kebanyakan tumbuh-tumbuhan, kedalaman di mana tanah menjadi kering adalah penunjuk yang baik ketika untuk menyiram tumbuhan.

Periksa lubang saliran air

Gunakan hujung jari anda untuk merasakan bahagian bawah tanah tanaman anda melalui lubang saliran pasu. Anda akan dapat menilai kekeringan tanah untuk membantu menentukan sama ada penyiraman diperlukan.

Gunakan meter kelembapan

Sekiranya anda mempunyai jenis tumbahan yang rumit, atau anda mengingkinkan cara yang lebih mudah dan tepat, anda boleh menggunakan meter kelembapan untuk menilai sama ada tumbuhan anda memerlukan air atau tidak. Meter tersebut adalah murah dan mudah untuk didapati serta dapat membantu anda meneliti kelembapan dengan lebih baik.

________________________________________________________________________

Inilah yang perlu anda empat perkara atau tips yang boleh anda pertimbangkan bagi mengetahui kekerapan penyiraman tanaman rumah anda. Selain itu, anda juga boleh meneliti suhu dan cuaca di dalam rumah anda kerana lebih panas bahagian dalam rumah anda, ia akan lebih cepat kering. Bukan itu sahaja, semak kitaran dan peredaran udara serta jumlah cahaya yang terkena pada houseplants. Elakkan daripada terkena sinaran matahari secara terus bagi mengelakkan daun menjadi kering dan bertukar warna kuning. Selamat mencuba!