Carian
Cara Untuk Menghilangkan Kerak Hitam Pada Kuali – Guna Sos Tomato?
April 15, 2020 Lina Rosli

Memasak dengan api yang besar merupakan salah satu sebab kuali di dapur anda menjadi hitam. Selain itu, dapur gas yang tidak menyalurkan haba secara merata turut boleh menyebabkan peralatan memasak terbakar dan hitam.

Jika api berwarna biru di luar dan mempunyai kuning di bahagian dalam, ini menunjukkan bahawa dapur gas anda tidak memanaskan periuk dan kuali secara menyeluruh. Jadi, anda perlu memastikan dapur anda beroperasi dengan baik bagi memudahkan anda untuk menetapkan api pada paras yang sesuai sewaktu memasak.


Bagaimanakah cara untuk menghilangkan hitam pada kuali?

Cara yang paling kerap dilakukan untuk membersihkan bekas hitam pada kuali anda ialah menggosoknya dengan pembersih ketuhar (oven cleaner). Namun terdapat beberapa cara lain yang juga boleh anda praktikkan untuk menghilangkan kotoran.

Berikut adalah beberapa cara lain untuk membersihkan kuali memasak:

Teknik Boiling 

Anda boleh menggunakan kaedah mendidih untuk membersihkan bahagian bawah kuali yang hitam. Caranya adalah dengan merebus air sabun dalam periuk besar di atas dapur. 

Kemudian, letakkan kuali atau mana-mana peralatan memasak anda yang mempunyai kotoran hitam ke dalam periuk yang lebih besar dan rebus selama beberapa minit. Matikan dapur dan biarkan sejuk. Selepas sejuk, bilas kuali dan lihat hasilnya.

Gosok dengan soda penaik, garam dan cuka.

Menggunakan ketiga-tiga bahan ini adalah salah satu cara terbaik untuk membersihkan kotoran hitam di bahagian bawah peralatan memasak. 

Pertama sekali, anda perlu menaburkan serbuk penaik, kemudian lapiskan dengan garam dan seterusnya cuka. Setelah lima minit menggosok, kuali menjadi lebih berkilau dan kerak akan mula tertanggal dan keluar. Saya juga mendapati bahawa garam laut berfungsi jauh lebih baik daripada garam biasa.


Gunakan Sos Tomato

Cara terbaik untuk menghilangkan kotoran hitam adalah menggosok dengan sos tomato. Anda tidak perlu menggosok dengan kuat. Hanya letak sos tomato pada span dan gosok sedikit sehingga anda boleh melihat permukaan berkilat kuali anda. Kemudian, bilas dengan air dan basuh dengan sabun pinggan. Sekiranya kotoran masih ada, anda boleh mengulangi proses ini beberapa kali.

________________________________________________________________________

Bilakah Saya Perlu Tukar Kuali Lama?

Bergantung pada cara anda menggunakan periuk dan kuali anda. Sekiranya petua di atas tidak berfungsi, berkemungkinan ia adalah masa untuk kuali yang baru. Secara umumnya, jika ada bahan yang keluar dari kuali dan masuk ke makanan anda, ia bermaksud anda perlu menukar alat memasak anda supaya tidak memudaratkan kesihatan.

Komen