3 Resepi Aiskrim Yang Boleh Anda Buat Di Rumah
Setiap kali cuaca yang panas pasti membuatkan anda ingin mencari sesuatu yang menyegarkan. Sebelum ini jika anda menginginkan sesuatu yang sejuk, anda akan segera pergi ke kedai serbaneka terdekat untuk mendapatkan aiskrim. Tetapi dalam tempoh PKP ini, sudah tentu ia agak sukar untuk anda keluar dan membelinya.
Oleh itu, Tajria hari ini akan berkongsi kepada anda resepi dan cara mudah untuk menyediakan homemade aiskrim dengan perisa kegeramaran anda. berikut adalah beberapa jenis aiskrim yang boleh anda cuba:
Classic Vanila Ice Cream
Untuk aiskrim vanila klasik yang biasa, ia mengambil masa kira-kira 8 hingga 10 jam tempoh penyediaan. Namun, jangan risau kerana hasilnya pasti menggembirakan anda.
Untuk bahan-bahan:
- 2 1/2 cawan susu full cream
- 3/4 cawan gula
- 1 3/4 cawan whipping cream
- 1 sudu besar serbuk kastard
- 2 sudu kecil esen vanila
Untuk menyediakannya:
- Campurkan kastard dan gula ke dalam setengah cawan susu.
- Kemudian, panaskan lebihan susu sehingga mendidih. Masukkan dan kacau campuran kastard dan didihkan lagi.
- Semasa mendidih, perlahankan api dan reneh selama setengah minit. Seterusnya, matikan api dan biarkan sejuk.
- Apabila mencapai suhu bilik, campurkan esen krim dan vanila dan pindahkan ke bekas dengan penutup yang ketat. Bekukan aiskrim di dalam peti sejuk.
- Setelah beku, kisar aiskrim dan masukkan kembali ke dalam peti sejuk dalam bekas yang sama. Ulang langkah ini sebanyak dua kali.
Cookies & Cream Nutella Ice Cream
Menu aiskrim ini pastinya menjadi kegemaran kebanyakan orang. Lebih-lebih lagi untuk anda yang menggemari nutella.
Untuk bahan-bahan:
- 2 cawan heavy whipping cream
- 3 cawan susu coklat
- 4 cawan Nutella
- 3 cawan gula pasir putih
- 1/2 sudu teh esen vanilla
- secubit garam
- 2 cawan Oreo hancur
Untuk menyediakannya:
- Kisarkan kesemua bahan sehingga halus dan masukkan pengisar ke dalam peti sejuk selama 45 minit. Kemudian, keluarkan dari peti sejuk dan kisar semula selama 15-20 saat.
- Tuangkan ke dalam piring sajian dan letakkan semula di dalam peti sejuk selama 45 minit. Selepas itu, anda perlu keluarkan semula dari peti sejuk dan masukkan biskut Oreo dan gaul perlahan-lahan, kemudian masukkan kembali ke dalam peti sejuk selama 45 minit lagi.
- Ulangi proses satu hingga dua kali lagi. Kemudian biarkan dalam peti sejuk sehingga beku.
- Apabila anda mengeluarkan dari peti sejuk, segera sajikan. Aiskrim ini adalah lebih cepat cair berbanding aiskrim biasa yang anda beli di kedai.
Blueberry Cheesecake Ice Cream
Bagi yang menggemari aiskrim jenis buah-buahan anda boleh mencuba menyediakan Blueberry Cheesecake Ice Cream sebagai hidangan dessert anda.
Untuk bahan-bahan:
- 1 1/2 cawan blueberry
- 1/4 cawan gula
- 8 oz krim keju
- 1 cawan gula
- 2 cawan whipping cream
- 1 cawan susu
- 1 sudu kecil vanila
- Biskut yang dihancurkan
Untuk menyediakannya:
- Masak blueberry dan gula dalam periuk kecil hingga beri pecah dan campurannya menjadi pekat selama kira-kira 8 minit. Kemudiankan, masukkan di dalam peti sejuk.
- Pukul krim keju dan gula hingga rata dan sebati. Masukkan whipping cream, susu, vanila dan biskut. Gaulkan sehingga sebati.
- Seterusnya, bekukan bahan-bahan yang telah digaul selama beberapa jam atau hingga sejuk.
- Setelah beku, keluarkan dari peti sejuk dan campurkan bersama 1/2 cawan sos blueberry dan biskut yang telah dihancurkan.
- Tutup dan bekukan aiskrim selama 2-3 jam atau sehingga mengeras.