Carian
Mengapa Penyaman Udara Tidak Sejuk Walaupun Telah Lama Dipasang?
April 16, 2020 Lina Rosli

Mengapa Penyaman Udara Tidak Sejuk Walaupun Telah Lama Dipasang?

Adakah terdapat masalah pada penyaman udara anda yang mana ia tidak menyejukkan bilik atau ruang rumah anda? Jika ya, maka anda perlu memeriksa beberapa perkara pada penyaman udara anda sebelum anda memanggil juruteknik profesional.

Sekiranya penyaman udara anda tidak menyejukkan rumah anda, terdapat empat perkara yang perlu anda periksa iaitu:

  • Termostat pada butang yang salah
  • Penapis udara kotor
  • Ais membeku pada buildup
  • Unit luar penyaman udara kotor
  • Pemutus litar tersekat

Jadi hari ini, Tajria akan berkongsi kepada langkah penyelenggaran penyaman udara mudah yang boleh anda lakukan di rumah tanpa memerlukan anda untuk mengupah juruteknik profesional. 

Periksa termostat anda

Sekiranya semuanya kelihatan baik namun penyaman udara anda masih tidak mengeluarkan udara sejuk, mungkin terdapat kesalahan pada termostat sama ada suhu yang dipasang tidak sesuai atau sebaliknya. 

Cara memperbaikinya: Tukar butang ke tetapan terendah dan periksa sama anda penyaman udara anda berfungsi atau tidak. Sekiranya tidak, periksa semua pendawaian atau pemasangan bateri disambungkan dengan betul.

gray digital devoce

Penapis udara kotor

Penapis pada penyaman udara telah kotor boleh mengakibatkan aliran udara tersumbat. Ini sekaligus menyebabkan penyaman udara anda sukar untuk menyejukkan rumah atau ruang bilik tertentu.

Cara memperbaikinya: Sekiranya penapis anda kotor, tukar atau ganti dengan penapis yang baru. Ini untuk mengelakkan kerosakan pada motor dan menjadikannya terlalu panas.

Ais membeku pada buildup

Apabila gegelung atau penapis telah kotor, ia turut akan mengakibatkan aliran udara tersumbat serta menyebabkan pembentukan ais di dalam buildup

Cara memperbaikinya: Cuba bersihkan penapis dan gegelung untuk melihat kelancaran aliran udara dalam penyaman udaranya. Sekiranya terdapat penumpukan ais, anda perlu menghidupkan penyaman udara hanya dengan hanya menggunakan fungsi kipas (fan) untuk mencairkannya.

Kondenser atau unit luaran kotor

Oleh kerana kondensor (unit luaran yang mengeluarkan haba dari rumah anda) terletak di bahagian luar rumah, ia akan terdapat banyak serpihan yang mungkin tersekat di lubang udara. Partikel seperti daun, ranting, habuk dan lain-lain perlu dibersihkan untuk memastikan bahawa tidak ada yang menghalang kerja sistem. Sekiranya kotoran tersekat di gegelung kondensor, penyaman udara anda tetap akan berjalan tetapi ia tidak akan menyejukkan apa-apa.

Cara memperbaikinya: Keluarkan serpihan dan cuba bersihkan sirip kondensor dengan lembut. Elakkan daripada membersihkan terlalu kuat kerana sirip kondenser adalah rapuh.

barber's lamp beside air condenser

Pemutus litar anda tersekat.

Sebilangan besar penyaman udara mempunyai 2 pemutus litar: satu untuk unit luar dan satu untuk unit dalaman. Sekiranya pemutus unit luar tersekat, unit dalaman akan terus meniup udara ke rumah anda namun ia akan menghasilkan udara yang panas dan hangat.

Cara memperbaikinya: Periksa kotak pemutus anda sama ada pemutus unit luar tersekat atau tidak. Sekiranya tidak, cuba mati dan hidupkan kembali pemutus litar tersebut. Namun, sekiranya ia tersekat, elakkan daripada menghidupkan penyaman udara anda dan dapatkan bantuan daripada juruteknik profesional.

________________________________________________________________________

Terdapat banyak perkara yang boleh menjadikan penyaman udara anda menjadi tidak sejuk atau tidak beroperasi dengan baik. Namun, hal ini dapat dielakkan jika penyelenggaran dibuat secara berkala bagi menjamin kesejahteraan unit tersebut. Luangkan sedikit masa untuk membuat tugas penyelenggaraan mudah seperti membersihkan segala kotoran di penapis dan kondenser. Dengan ini anda dapat menggunakan untuk tempoh yang lebih lama sekaligus dapat menjimatkan lebih banyak wang.

Komen