Carian
5 Postur Duduk Yang Boleh Anda Praktik Sepanjang Bekerja Dari Rumah
April 16, 2020 Lina Rosli

Sepanjang bekerja dari rumah, pasti anda lebih banyak meluangkan masa di hadapan laptop berbanding kerja biasa. Bermula dari mesyuarat pagi, diikuti dengan menulis laporan, membaca artikel dan lain-lain pastinya sedikit sebanyak memberi kesan kepada badan anda.

Tidak dinafikan, berbanding di pejabat, melakukan kerja di rumah adalah lebih santai dan tidak formal. Namun, ia bukanlah satu tabiat yang baik jika anda meluangkan masa membuat kerja di atas katil, ataupun di atas lantai untuk tempoh masa yang lama. Hal ini kerana, ia tidak selesa sekaligus boleh merosakkan postur neutral tubuh anda.

Oleh itu, anda perlu memastikan anda bekerja pada kedudukan badan yang selesa di mana tidak ada bahagian badan yang bengkok atau tidak tegak. Pastikan anda bergerak secara berkala untuk melancarkan peredaran darah dalam tubuh. 

Berikut adalah beberapa perkara postur duduk yang boleh anda praktikkan semasa bekerja di hadapan komputer:

Lihat skrin komputer anda dengan leher lurus

Letakkan komputer di hadapan anda pada ketinggian pandangan yang selesa. Elakkan daripada melihat ke bawah dan tidak meletakkan skrin di posisi di mana anda perlu menoleh dengan terlalu kerap. Ia akan menjadikan leher anda tidak selesa dan terasa tegang. Sekiranya anda mempunyai skrin yang berasingan dengan komputer riba, letakkan kedua-dua skrin di tempat yang sama tinggi supaya kedudukan pandangan lebih selesa serta tepat di depan anda.

Tidak melakukan kerja di kawasan cahaya terlampau terang (direct sunlight)

Untuk mengurangkan sakit mata atau silau semasa melakukan kerja, elakkan daripada duduk di berlawanan dengan tingkap. Hal ini akan menyebabkan silau dan mata menjadi sakit akibat pantulan cahaya dari skrin. Bukan itu sahaja, anda juga disarankan untuk tidak bekerja menghadap tingkap kerana anda akan menatap cahaya terlalu lama. Jika ingin ruang yang terang, letakkan langsir atau tirai bagi menghalang cahaya terus dari tingkap.

Duduk di atas kerusi

Apabila duduk, pastikan postur punggung bawah dan perut anda ditolak sedikt ke depan untuk mengelakkan sakit belakang. Jika anda bersandar ke depan, tulang belakang akan membongkok. Postur ini dikenali sebagai kyphosis yang mana ia akan memberi banyak tekanan pada cakera lumbal intervertebral.

Pastikan anda boleh duduk di kerusi sehingga sebahagian daripada berat badan anda disokong oleh kerusi belakang dan duduk cukup dekat untuk mencapai papan kekunci dan tetikus anda dengan selesa. Sekiranya kerusi tidak mempunyai sokongan punggung bawah yang baik, gunakan bantal atau tuala yang digulung di belakang punggung bawah anda.

person sitting on sofa resting its feet on top of coffee table while using laptop

Sekiranya kaki anda tidak sampai ke lantai, gunakan kotak atau timbunan kusyen sebagai tempat letak kaki anda. Jangan tarik kaki ke belakang di bawah kerusi atau biarkan mereka menjuntai di udara. Ini memberi tekanan di bawah paha sekaligus meningkatkan risiko trombosis urat dalam.

Letakkan papan kekunci, tetikus atau pad sentuh pada ketinggian yang selesa

Gunakan papan kekunci dan tetikus yang berasingan untuk laptop anda. Ia bagi memastikan anda boleh menggunakan papan kekunci dan tetikus pada paras tangan yang lurus. Selain itu, pastikan lengan anda dekat dengan sisi badan semasa menggunakan tetikus. Hal ini bagi mengelakkan ketegangan pada urat leher anda.

Tidak bekerja di tempat tidur

Bekerja dari tempat tidur adalah tabiat yang tdak baik. Hal ini kerana apabila anda bekerja dari katil, ia akan menyebabkan postur banda anda tidak selesa yang mana kaki anda akan disilangkan atau diletakkan secara mendatar selain digunakan sebagai sokongan untuk komputer riba anda. Ia juga akan menyebabkan pandangan mata pada skrin juga menjadi ke bawah mengakibatkan leher anda menjadi lenguh.

Sekiranya tempat tidur adalah satu-satunya pilihan anda, letakkan bantal di belakang punggung anda untuk bersandar di kepala katil dan letakkan komputer riba di bantal di pangkuan anda. Anda juga boleh mendapatkan meja kecil untuk komputer riba anda.

Mendapatkan postur duduk yang baik adalah satu keperluan sewaktu anda bekerja di hadapan komputer untuk tempoh yang lama. Jika anda mengamalkan tabiat yang tidak elok, ia akan memberi kesan untuk jangka masa panjang. Jadi, sayangi tubuh badan anda:)

Komen