Carian
Kenapa Kereta Boleh Berkarat?
April 17, 2020 Lina Rosli

Kenapa Kereta Boleh Berkarat?

Karat adalah hakisan logam yang berlaku berdasarkan keadaan tertentu. Biasanya, karat berlaku apabila bahan yang mengandungi besi terdedah kepada kelembapan. Apabila kedua-dua bahan tersebut berpadu antara satu sama lain, ia menyebabkan reaksi atom yang mengakibatkan pengoksidaan.

Penyebab paling biasa karat pada kereta ialah air atau hujan. Kebanyakan kereta baru mempunyai lapisan keluli yang boleh mencegah atau melambatkan proses logam daripada berkarat. Walau bagaimanapun, proses pengaratan ini akan lebih cepat berlaku jika kereta anda terdedah kepada udara yang lembap untuk tempoh masa yang lama. 

Antara sebab lain yang menyebakan karat juga adalah pengabaian penyelenggaraan kereta anda seperti membiarkan kereta anda kotor di dalam garaj untuk jangka masa yang panjang atau tidak menghidupkan enjin secara berkala. Oleh itu, pastikan kereta anda selalu dicuci dan dibersihkan serta melakukan penyelenggaraan kereta secara berkala. Hal ini kerana ia dapat membantu memastikan kereta anda sentiasa berada di dalam keadaan baik dan tiada masalah.

Sebilangan individu mempunyai anggapan bahawa mencuci kereta secara berkala bukanlah idea yang baik kerana boleh menyebabkan kerosakan pada cat dan masalah hakisan. Tetapi pada hakikatnya, ia adalah sebaliknya. Dengan mencuci kereta, kita menghilangkan semua kekotoran yang melekat di badan kereta dan boleh menyebabkan hakisan cat dari masa ke semasa.

parked white sedan inside building's parking lot

Namun, cuaca bukanlah satu-satunya faktor yang menyebabkan karat pada kereta anda. Penyebab dan faktor lain karat termasuk penggunaan pembersih kereta yang kasar. Bahan kimia pembersih yang dibuat dengan pelelas kasar boleh menjadikan kereta anda kelihatan bersih dan berkilat. Tetapi, ia juga boleh menghilangkan lapisan luar cat. Apabila ia tidak disapu dengan betul pada kereta, ia boleh menyebabkan cat terserpih dan akhirnya mengakibatkan karat. 

Adakah Produk Anti-Karat Membantu Mencegah Karat?

Secara teknikal, terdapat beberapa produk di pasara seperti produk kalis karat yang direka khusus untuk digunakan pada kenderaan bagi mencegah daripada karat. Walau bagaimanapun, anda lebih disarankan untuk mengunjungi bengkel kereta yang lebih pakar untuk mendapatkan hasil yang berkualiti daripada profesional yang terlatih untuk masalah seperti ini.

Produk anti-karat di pasaran mungkin sesuai untuk langkah pencegahan tetapi apabila proses pengaratan sudah berlaku dan dapat dilihat dengan jelas, adalah lebih baik untuk terus pergi ke bengkel kerana mereka mempunyai kemudahan dan peralatan khas yang lebih sesuai untuk kereta anda.

________________________________________________________________________

Apabila anda mendapati tanda-tanda kereta anda mula berkarat atau terdapat pengoksidaan di permukaan badan kereta, adalah lebih baik jika anda terus mendapatkan penyelesaian untuk mengelakkan daripada karat tersebut merebak dengan cepat. Harus diingatkan bahawa karat ini tidak hanya berlaku pada badan kereta, bahkan ia juga boleh terjadi pada enjin kereta anda yang mana boleh memudaratkan operasi kenderaan. Semakin lama ia dibiarkan, semakin banyak kawasan atau bahagian yang terjejas.

Komen