Carian
Bagaimana Ingin Memastikan Makanan Kekal Hangat Sewaktu Dihidangkan?
April 17, 2020 Lina Rosli

Bagaimana Ingin Memastikan Makanan Kekal Hangat Sewaktu Dihidangkan?

Pernahkah anda ingin menyediakan makanan kepada keluarga atau tetamu, tetapi makanan itu telah sejuk akibat telah lama dihidangkan? Pastinya anda tidak ingin perkara sedemikian berlaku kembali.

Oleh itu, Tajria hari ini akan berkongsi tips kepada anda tentang bagaimana untuk memastikan makanan anda kekal hangat sewaktu dihidangkan. Anda boleh menggunakan peralatan dapur atau bekas insulator seperti menghidangkan makanan anda di atas pinggan yang hangat agar tidak sejuk.

Merenehkan sup atau lauk pada api yang perlahan

Biarkan lauk atau makanan di dalam periuk panas sebelum memindahkannya ke dalam mangkuk hidangnan supaya makanan anda tidak sejuk. Memanaskan lauk dengan kaedah reneh ini berfungsi dengan baik untuk lauk yang mempunyai kuah seperti sup, rebusan, sos dan lain-lain. Dengan cara ini juga, ia tidak akan mengubah tekstur atau rasa masakan anda walau dipanaskan beberapa kali.

Rendam periuk di dalam periuk panas yang lebih besar

Isikan periuk atau kuali besar dengan jumlah air separuh penuh dan letakkan di tempat sederhana-rendah di atas dapur. Kemudian, panaskan lauk atau hidangan bersama bekas di dalam air panas tersebut. Kacau makanan anda sekali-sekala untuk mengelakkannya terbakar di bahagian bawah.

Guna bekas chafing

Chafing dishes adalah peralatan mudah alih yang sering digunakan oleh kebanyakan restoran atau kedai makan. Kaedah ini disediakan bagi memastikan makanan tetap hangat sekitar dua hingga enam jam selain paling berpatutan dan mudah untuk memanaskan makanan bufet anda. Sama seperti ketuhar, jika anda merancang untuk menyimpan makanan lebih dari satu jam, anda mungkin akan melihat perubahan tekstur atau rasa.

dumplings platter

Balut dengan kertas aluminium

Sekiranya anda perlu memastikan makanan tetap hangat untuk jangka pendek, bungkus atau tutup makanan menggunakan aluminium foil. Melaluinya, makanan akan tetap panas sekitar 30 minit atau lebih. Sekiranya anda membuat ayam atau daging panggang, kertas aluminium mampu mengekalkan suhu yang hangat tanpa memberi kesan kepada jusnya.

________________________________________________________________________

Untuk cara yang lebih ideal, rancang waktu memasak anda. Elakkan daripada memasak terlalu awal bagi mengelakkan anda daripada perlu memanaskan semula lauk anda untuk tempoh masa yang lama. Selamat mencuba!

Komen