Carian
Perkara Yang Tidak Patut Anda Buat Setelah Pakai Topeng Muka
April 21, 2020 Lina Rosli

Perkara Yang Tidak Patut Anda Buat Setelah Pakai Topeng Muka

Setelah memakai topeng atau face mask di mjuka anda, adalah penting untuk anda menitikberatkan langkah keselamatan yang tertentu. Hal ini bagi mengelakkan anda memindahkan bakteria atau patogen ke muka, tangan anda atau mana-mana tempat lain yang terlibat.

Berikut adalah lima perkara yang harus anda elakkan setelah memakai face mask:

  1. Menyentuh face mask setelah terpasang di muka anda, seperti memegang face mask di kawasan hidung, pipi dan lain-lain.
  2. Membuka topeng (face mask) dan biarkan ia terjuntai di satu telinga.
  3. Menggantungkan face mask di leher anda
  4. Menggunakan semula face mask yang telah dipakai beberapa kali.
  5. Meletakkan face mask yang telah dipakai di merata tempat. Pastikan anda membuangnya dengan betul setelah selesai menggunakannya.

Sekiranya anda perlu menyentuh topeng muka semasa memakainya, basuh tangan anda terlebih dahulu. Pastikan juga mencuci tangan selepas itu, atau menggunakan pembersih tangan atau hand sanitizer.

Cara Memakai Face Mask Dengan Betul

Sekiranya anda ingin memakai face mask, berikut adalah langkah untuk menggunakannya dengan betul:

  1. Sebelum memakai topeng, basuh tangan anda sekurang-kurangnya 20 saat dengan sabun dan air, atau gosokkan tangan anda dengan bersih dengan pembersih tangan berasaskan alkohol.
  2. Periksa keadaan face mask sebelum anda menggunakannya. Adakah ia berada dalam keadaan bersih, tidak koyak dan tidak rosak.
  3. Posisikan bahagian topeng berwarna ke luar.
  4. Pastikan jalur logam berada di bahagian atas topeng dan diletakkan di atas batang hidung anda. Bengkokkannya mengikut bentuk hidung anda dengan menekannya dengan jari.
  5. Tarik bahagian bawah topeng ke mulut dan dagu anda.
  6. Tidak menyentuh face mask setelah memakainya di muka.
  7. Sekiranya face mask anda kotor atau lembap, ganti dengan topeng yang baru.

Untuk tips lanjut, terdapat dua jenis tali atau ikatan untuk face mask yang dijual di pasaran. Berikut adalah cara pemasangan tali face mask:

  • Gelung telinga: Pasangkan tali topeng di telinga yang mana letakkan satu gelung tali di atas setiap telinga.
  • Ikatan: Ikat tali atas di bahagian atas kepala anda. Sementara, ikat tali bawah pula berhampiran dengan tengkuk leher anda.

________________________________________________________________________

Pastikan anda memakai face mask anda dengan cara yang betul supaya dapat mengelakkan daripada jangkitan virus dan lain-lain. Bukan itu sahaja, setelah memakai face mask juga, anda perlu membuangnya di tempat yang selamat supaya tidak menyebarkan virus pada orang sekeliling.

Komen