Adakah barangan elektrik di rumah anda masih berfungsi? Sekiranya ia sudah tidak berfungsi, maka ia adalah petanda untuk anda mula mencari penggantinya yang baru.
Kebanyakan barang elektrik mempunyai waranti sekitar 1 hingga 2 tahun. Yang mana jika berlaku sesuatu kepada barangan anda selepas tempoh waranti, syarikat pengeluar tidak akan bertanggungjawab ke atas barang anda. Seperti kebanyakan barang yang lain, barang elektrik di rumah anda juga mempunyai jangka hayat yang tertentu. Ia akan mengalami masalah biasa dan perlu diperbaiki atau diganti terutama perkakas yang anda gunakan setiap hari.
Jadi perlukah anda mengganti perkakas elektrik anda selepas 2 tahun penggunaan? Jawapannya adalah tidak. Namun ia bergantung kepada kekerapan penggunaan anda, kos pembaikian yang telah dikeluarkan serta tahap kerosakan perkakas.
Walaupun anda melakukan penyelenggaraan yang efisien, kebanyakan perkakas tidak akan berfungsi dengan baik setelah beberapa tahun penggunaan. Sekiranya ia telah digunakan melebihi 50% sepanjang jangka hayatnya, dan kos untuk membaiki adalah lebih daripada 50% dari kos membeli yang baru, maka anda harus mengganti dan bukan membaiki.
Peti sejuk
Purata jangka hayat peti sejuk adalah sekitar 10 hingga 13 tahun. Jika peti sejuk anda mula menunjukkan tanda-tanda perlahan atau sudah tidak menyejukkan barang makanan di dalamnya, anda mungkin perlu membaiki atau menggantinya.
Berikut adalah tanda-tanda yang mana anda perlu menukar atau membaiki peti sejuk anda;
- Makanan merosakkan sebelum waktunya sehingga tarikh luputnya
- Pemeluwapan dapat dilihat di bahagian dalam atau di luar
- Bunyi yang berlebihan
Mesin basuh
Sekiranya anda membersihkan dan menyelenggara mesin basuh secara berkala, ia sekurang-kurangnya akan bertahan selama 8 hingga 12 tahun. Penyelenggaraan yang dilakukan adalah termasuk mengganti gasket pintu dan mengetatkan sambungan paip di bawah mesin jika terdapat kebocoran.
Berikut adalah beberapa tanda biasa jika mesin basuh anda sudah sampai waktu untuk diganti:
- Air bocor ke lantai
- Bunyi yang bising sewaktu rinse dan spin
- Setiap kali mesin mengisi air ia tidak penuh
- Gegaran atau pergerakan yang ganas selama satu kitaran
Anda mempunyai pilihan untuk membaiki masalah mesin basuh tetapi kos pembaikian agak tinggi. Sudah tentu, jika anda memilih untuk mengganti mesin basuh adalah lebih baik kerana anda akan mendapar waranti yang baru.
Pemanas air
Pemanas air harus diganti jika ia menunjukkan tandap-tanda seperti berikut:
- Berkarat, sama ada di tangki atau di dalam air
- Bunyi yang kuat
- Kebocoran
- Gagal memanaskan air
Biasanya, pemanas air hanya boleh bertahan antara 6 hingga 8 tahun.Adakah tidak selamat jika anda tidak menukarnya jika pemanas terdapat kebocoran? Sekiranya ia mengeluarkan air pada suhu biasa, anda masih boleh menggunakannya. Namun, jika sudah berminggu-minggu bocor dan menjadi semakin teruk, saya cadangkan agar ia diperbaiki atau diganti dengan segera.
Penyaman Udara
Jangka hayat penyaman udara baru adalah sekitar 8 hingga 10 tahun. Penyelenggaraan secara berkala boleh memanjangkan jangka hayat penghawa dingin anda, tetapi masalah kelembapan, turun naik suhu, atau kebisingan berlebihan memberi isyarat bahawa sudah tiba masanya untuk mengganti unit penyaman udara anda.
Karpet Atau Permaidani
Selain barang eletrik, karpet juga perlu ditukar selepas beberapa ketika. Kebiasaannya, karpet boleh bertahan sehingga 10 tahun dalam keadaan ideal. Sekiranya karpet anda mengalami kerosakan akibat haiwan peliharaan atau anak-anak, gantilah lebih awal kerana kotoran yang dibawa haiwan peliharaan boleh menyebabkan asma, alergi atau gatal-gatal kulit dan mata.
________________________________________________________________________
Jika perkakas anda telah digunakan lebih dari 4 tahun dan anda kerap membaikinya, sudah tentu ia akan menelan belanja yang banyak dan mungkin kosnya adalah separuh daripada perkakas elektrik baru. Jadi, adalah lebih baik untuk menggantinya daripada membaiki kerana anda menggunakannya setiap hari pada setiap waktu.
Ia bukan sahaja memudahkan anda untuk meneruskan aktiviti harian anda, malah anda juga tidak perlu risau jika berlaku apa-apa pada barang anda kerana ia mempunyai tempoh jaminan. Akhir sekali, jangan tunggu sehingga perkakas elektrik anda berada rosak teruk baru anda akan menggantikannya.