Mengapa restoran menyajikan ikan dan daging mentah, tetapi tidak ayam mentah?

Ada sebab mengapa kedai makan atau restoran tidak menyajikan ayam mentah sebagai pilihan hidangan santapan anda. Ayam yang mentah atau tidak dimasak dengan betul boleh menimbulkan masalah kesihatan yang serius. Tahukah anda bahawa ayam mentah sangat berbahaya untuk dimakan kemungkinan terdapat bakteria seperti salmonella atau campylobacter. 

Apa itu Salmonella? Ia merupakan jangkitan bakteria pada perut yang biasanya disebabkan oleh ayam atau telur mentah atau tidak dimasak. Ia mengambil masa beberapa jam sehingga dua hari untuk berlaku di dalam badan manusia. Apabila manusia dijangkiti Salmonella, mereka dapat mengalami keracunan makanan, gastroenteritis dan cirit-birit. Sekiranya tersebar dengan lebih menyeluruh, ia boleh menyebabkan komplikasi yang mengancam nyawa.

Campylobacter pula terdapat di usus dan najis (kotoran) haiwan seperti ayam mentah. Ia akan berlaku sekiranya anda memakan daging yang tercemar, tidak dimasak lebih-lebih lagi ayam. Ia juga boleh menyebabkan cirit-birit, kembung, demam, muntah, dan najis berdarah. 

Jadi bagi mengelakkan perkara yang memudaratkan, kebanyakkan restoran tidak menyediakan atau menyajikan hidangan raw chicken di dalam menu mereka. 

Bagaimanakah cara pengendalian ayam dengan betul supaya ia dimasak dengan baik?

cooked food on clear glass tray

Pastikan anda defrost ayam dengan betul. Anda tidak boleh mencairkan makanan yang mudah rosak seperti ayam atau telur pada suhu bilik atau di dalam air panas. Ini boleh menyebabkan lapisan luar makanan sudah lembut namun pusatnya masih beku. Bakteria dapat membiak dengan cepat pada suhu lebih panas daripada 40 darjah, menjadikan makanan anda berpotensi dijangkiti patogen.

Anda juga harus mencuci tangan dengan baik setelah mengendalikan ayam mentah. Elakkan membiarkan daging atau jus ayam mentah bersentuhan dengan makanan lain. Anda perlu membersihkan papan pemotong, perkakas dan meja dengan berhati-hati setelah anda menyiapkan ayam dan sebelum anda menyediakan makanan lain.

Elakkan masak ayam separuh masak dan pastikan ayam anda berwarna coklat keperangan sebelum diangkat dan disediakan dalam hidangan.

________________________________________________________________________

Dengan ini dapat disimpulkan bahawa ayam mentah adalah berbahaya untuk dimakan dan tidak seperti sushi atau medium rare beef. Jika anda termakan sedikit ayam yang tidak masak, pastikan anda minum banyak air, terutamanya jika anda mengalami muntah atau cirit-birit.

Rujukan: Healthline