Carian
5 Cara Mudah Untuk Bangun Sahur Di Bulan Ramadan ini
April 23, 2020 Lina Rosli

5 Cara Mudah Untuk Bangun Sahur Di Bulan Ramadan ini

Pada bulan Ramadan, umat Islam pastinya akan bangun sebelum subuh untuk melaksanakan rutin sahur sebelum meneruskan puasa di siang hari. Rutin sahur ini akan berbeza untuk setiap individu yang mana akan ada yang bangun sahur sekadar menjaman kurma dan susu sahaja, ada juga keluarga yang menyediakan makan berat sebagai persiapan berpuasa sepanjang hari siang.

Cabaran utama untuk sahur ini adalah permulaan untuk bangun awal pagi. Seperti yang anda semua tahu, sahur adalah bahagian penting dalam berpuasa. Hal ini kerana, ia sangat penting untuk mengekalkan tahap tenaga anda sepanjang hari.

person holding analog watch

Berikut adalah beberapa cara untuk memastikan anda bangun sahur di bulan Ramadhan ini:

Dapatkan Jumlah Tidur Yang Sama

Cuba untuk memastikan bahawa anda mendapat jumlah tidur yang sama dalam jangka masa 24 jam. Kebanyakan individu akan tidur sekitar 7 hingga 8 jam pada waktu malam. Namun, pada bulan Ramadhan ini cuba untuk kurangkan sedikit jam tidur dengan tidur lebih awal dari biasa. 

Anda boleh menetapkan waktu tidur anda 3 hingga 4 jam selepas iftar dan bangun sekitar jam 3.30 pagi atau 4.00 pagi untuk sahur. Jika anda sudah menetapkan jam tidur yang tetap, maka ia adalah lebih mudah untuk anda bangun pagi lebih awal dalam keadaan yang lebih segar.

Pastikan Tidur Yang Berkualiti

Jika sebelum ini anda seorang yang gemar tidur lambat, maka di bulan Ramadan ini cuba untuk tidur lebih awal supaya lebih mudah untuk bangun pada waktu sebelum subuh. 

Jika anda sukar untuk mendapatkan tidur yang berkualiti, perhatikan rutin diet dan senaman anda. Kecergasan fizikal boleh dikatakan sangat mempengaruhi tabiat tidur dan tahap tenaga anda. Sekiranya anda bekerja berjam-jam lama, maka tidur lebih sedikit untuk memastikan badan anda mendapat rehat yang cukup.

Makan Makanan Berkhasiat

Elakkan makanan yang berat dan bergula ketika iftar atau berbuka puasa. Pastikan kalori di dalam pinggan anda tidak melebihi paras yang anda perlukan. Hidangan berat disini adalah hidangan yang sukar untuk diproses atau dicerna oleh badan anda. Untuk menguruskannya, badan anda perlu berusaha lebih untuk mencerna semasa tidur atau waktu berehat. 

Cuba dan ikuti pelan diet makanan yang baik. Amalkan keseimbangan protein, buah dan sayuran yang sihat di dalam menu iftar anda. Elakkan gula dan karbohidrat yang diproses seperti pasta, roti, biskut, kek.

Memupuk Persekitaran Mental Yang Sihat

Selain membetulkan corak dan tabiat tidur, anda juga boleh melakukan beberapa aktiviti lain untuk memastikan otak anda dapat bekerja dengan baik di siang hari. 

Berikut adalah beberapa idea untuk membangunkan otak anda serta kekal segar sepanjang hari:

  • Membaca atau mendengar bahan bacaan yang santai
  • Rancang aktiviti anda sepanjang hari
  • Melakukan senaman ringan yang membetulkan peredaran darah dalam badan

Membina Momentum

Selepas anda bangun awal, cabarannya adalah untuk terus bangun. Namun, jika kita selalu melakukannya, lama kelamaan ia akan kelihatan seperti rutin dan tugas yang anda merasakan perlu untuk dilakukan setiap hari.

Mungkin sebelum ini anda melakukannya dengan sedikit terpaksa, tapi di Ramadan ini mungkin boleh dijadikan titik permulaan untuk kebaikan yang baru. Tambahkan positiviti di dalam keperibadian dan nikmatinya sepanjang bulan yang diberkati ini! 

Selamat berpuasa dan menjalani ibadan Ramadan yang berkualiti untuk tahun 2020 ini. Salam Ramadan!

Komen