Dapatkan Barang Keperluan Dari Kedai Serbaneka Melalui Platform Epasar PgeonMart
Jika anda perasan semenjak Perintak Kawalan Pergerakan (PKP) banyak kedai serbaneka dan kedai runcit kecil yang tidak dapat meneruskan perniagaan mereka. Oleh itu, dengan adanya kerjasama Pgeon dan EasyStore, mereka jadir dengans ebuat platform atas talian atau epasar yang dinamakan PgeonMart.
Melaluinya, pengguna boleh mendapatkan barang dari kedai serbaneka dan pelbagai barang keperluan harian segar yang lain terus di depan pintu rumah anda. Tempoh penghantaran barang adalahg satu hari bekerja menerusi Pgeon Delivery. Manakala kos penghantaran barangan ke rumah pula adalah serendah RM5.

Inisiatif dari PgeonMart ini buka sahaja dapat membantu para peniaga kecil untuk kembali beroperasi dan berurusniaga, malah ia sekaligus membantu merancakkan ekonomi tempatan. Inilah masanya untuk platform epasar seperti PgeonMart berkembang maju sepanjang tempoh PKP dan pasca-PKP.
Bagaimana Untuk Menjadi Peniaga di PgeonMart?
Langkah 1: Daftar sebagai peniaga PgeonMart secara PERCUMA.
Langkah 2: Pasukan PgeonMart akan menghubungi anda bagi membantu pendigitalan dan memuatnaik senarai produk anda ke dalam kedai dalam talian.
Langkah 3: Mula terima pelanggan dalam talian dan Pgeon Delivery akan menghantar produk-produk anda ke pintu rumah pelanggan anda.
________________________________________________________________________
Misi PgeonMart dalam membantu peruncit yang tiada platform digital atau atau pengetahuan untuk menguruskan kedai atas talian dengan menaiktaraf perniagaan tempatan ke satu landasan yang baru. Epasar ini merupakan satu peluang untuk peniaga-peniaga meluaskan jangkauan mereka kepada pelanggan yang lain dan bukan sekadar di kawasan setempat sahaja. Bagi yang berminat anda boleh mula mendaftar sebagai vendor di PgeonMart hari ini.