Carian
10 Makanan Yang Tak Perlu Disimpan Di Dalam Peti Sejuk
April 27, 2020 Lina Rosli

10 Makanan Yang Tak Perlu Disimpan Di Dalam Peti Sejuk

Pernahkah anda merasakan peti sejuk anda sudah tidak muat dan memikirkan untuk medapatkan peti sejuk yang kedua untuk rumah anda? Mengapa boleh berlaku sedemian? Dan bagaimanakah cara untuk mengurangkan barang-barang di dalam peti sejuk anda?

Secara amnya, tidak semua barang dapur anda perlu disimpan dan disejukkan di dalam peti sejuk. Tidak seperti bahan mentah atau bahan basah, ia perlu diusejukkan dan dibekukan bagi menjadikan ia tahan lebih lama. 

Jadi hari ini Tajria akan berkongsi kepada anda 10 makanan yang tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk anda.

Roti

Roti dan makanan lain seperti kek dan biskut adalah makanan yang tidak mudah basi. Namun jika ia terdedah kepada udara yang lembap ia akan lebih mudah rosak dan dinaiki kulat. Oleh itu, untuk roti dan biskut, adalah lebih disimpan di dalam beg kedap udara atau bekas pada suhu bilik jika anda ingin menggunakannya dalam tempoh seminggu.

baked breads on brown wooden rack

Coklat

Simpan coklat bar pada suhu bilik, tertutup rapat dengan syarat anda tidak meletakkannya di bawah cahaya matahari langsung. Pastikan anda menutup rapat bagi melindunginya dari kelembapan. Peti sejuk menyebabkan pemeluwapan terbentuk di permukaan coklat, yang seterusnya akan menyebabkan gula mekar, menghasilkan tompok-tompok putih di permukaan.

Kitkat chocolate bar

Mentega Kacang

Mentega kacang akan mengeras jika disimpan di dalam peti sejuk. Tetapi jika ia disimpan di tempat panas, ia akan berbau tengik akibat daripada pertumbuhan bakteria padanya. Jadi bagi mengelakkan kedua-dua ini berlaku, anda perlu menyimpannya di dalam almari dan jauh dari tempat api atau cahaya matahari. Tutup rapat bekas dan pintu almari supaya tidak menjejaskan suhunya.

peanut butter jar on cutting board

Mentega atau marjerin

Mentega mengandungi banyak lemak dan mempunyai kandungan protein yang sangat sedikit yang mana tidak cukup untuk menyokong pertumbuhan bakteria. Mentega mempunyai jangka hayat yang lebih lama. 

Seperti mentega kacang, mentega biasa juga boleh menjadi tengik jika terkena oksigen, cahaya matahari dan panas. Tetapi selagi anda menyimpannya dalam bekas legap dan menggunakannya dalam jangka masa yang mencukupi, tidak mustahil untuk menyimpan mentega di meja dapur.

Jem Strawberi Atau Lain-lain

Bukan itu sahaja, jem strawberi atau jem nenas juga tidak perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk. Hal ini kerana ia tidak mempunyai kelembapan yang mencukupi untuk menyokong bakteria dan terlalu berasid untuk mudah berkulat.

Kentang

Penyejukan kentang menyebabkan pati berubah menjadi gula, bukan sahaja mempengaruhi rasa tetapi juga teksturnya. Suhu yang sesuai untuk menyimpan kentang adalah 13 hingga 15 Celcius, tetapi jika anda menggunakannya dalam seminggu, suhu bilik sahaja sudah mencukupi. Yang lebih penting adalah menjauhkannya dari cahaya dan mengeluarkannya beg kertas kerana ia boleh menyebabkan ia mengeluarkan racun berwarna hijau yang disebut solanine. Cuba menjauhkannya dari bawang, yang mengeluarkan kelembapan yang boleh menyebabkan pucuk kentang tumbuh.

peeled and unpeeled potatoes on top of wooden table

Bawang Merah

Tempat terbaik untuk emnyimpan bawang adalah pada suhu 13 hingga 15 Celcius, gelap dengan banyak pengudaraan. Oleh itu di kebanyakan pasaraya atau kedai runcit akan membungkus dan meletakkannya di dalam karung mesh dan bukannya beg plastik. Untuk penggunaan yang lebih efisien, simpan bawang yang tidak dipotong pada suhu bilik dan ia boleh bertahan sehingga dua seminggu atau lebih.

Bawang Putih

Sama seperti bawang merah, bawang putih juga mempunyai tidak balas yang sama. Mereka lebih suka tempat yang sejuk dan kering dengan pengudaraan yang baik. Oleh itu, tidak disarankan untuk anda menyimpan bawang di dalam peti sejuk yang mana ia akan diletakkan didalam bekas plastik atau beg plastik. Ia akan menyebabkan pemeluwapan pada bekas dan bawang akan menjadi hitam.

Tomato

Simpan tomato yang belum masak pada suhu bilik. Jika ia disimpan di tempat sejuk, ia akan menghentikan proses enzimatik yang menghasilkan sebatian kimia yang memberikan rasa tomato pada tomato selain turut merosakkan dinding sel tomato yang mana akan memberikan tekstur yang kasar dan lembut.

tomatoes, onion, and garlic

Sos Tomato

Tinggalkan botol sos tomato di kaunter dapur anda atau di atas meja. Sos tomato boleh diletakkan di atas meja bukanlah disebabkan mereka mempunyai kekebalan yang khusus, namun adalah lebih mudah untuk menggunakannya kerana ia tidak beku atau likat berbanding disimpan di dalam peti sejuk.

________________________________________________________________________

Berikut adalah 10 makanan yang tidak perlu di simpan di dalam peti sejuk. Namun, ia tidak menjadi masalah untuk menyimpannya jika anda ingin menggunakannya untuk tempoh yang panjang. Tips ini boleh digunakan jika anda mempunyai ruang yang sempit di dalam peti sejuk dan ingin mengeluarkan beberapa makanan di dalamnya untuk tempoh yang terdekat.

 

Komen