Carian
#CantikSebelumRaya – Cabaran Deep Oil Cleansing
April 27, 2020 Min Ahmad

#CantikSebelumRaya – Cabaran Deep Oil Cleansing

Ramai yang mengetahui asas penjagaan kulit: wash, tone and mositurise. Namun, hidup di zaman kini dengan kesedaran mengenai penjagaan kulit serta impak alam sekitar terhadap kulit, tiga langkah asas itu sahaja tidak mencukupi. 

Antara trend penjagaan kulit yang semakin mendapat tempat di kalangan penggemar penjaga kulit ialah double cleansing. Double cleansing melibatkan dua langkah pembersihan kulit, iaitu dengan menggunakan pencuci berasaskan minyak sebagai langkah cucian pertama dan pencuci berasaskan air sebagai langkah cucian kedua. 

Langkah pertama pembersihan membolehkan anda menanggalkan solekan, krim pelindung matahari, sebum dengan baik dari permukaan kulit sebelum anda mencuci muka seperti biasa dengan pencuci wajah.

Namun, pencuci berasaskan minyak bukan sahaja sesuai sesuai untuk menanggalkan solekan. Tahukah anda bahawa anda bahawa ia juga boleh menanggalkan kekotoran yang menyumbat liang roma?

Sebelum kita teruskan dengan kaedah oil cleansing, mari kita ketahui apakah itu sebaceous filament. Sebaceous filament adalah pembentukan semulajadi yang terhasil akibat kehadiran sebum di sepanjang folikel liang roma. Ia adalah halus dan tidak ketara melainkan anda melihat wajah di cermin dengan dekat dan teliti. Ia umumnya wujud di kawasan wajah di mana sebum banyak banyak dihasilkan, iaitu di sekitar hidung, dagu dan di kawasan antara kening. Kehadiran sebaceous filament adalah sesuatu yang normal dan tidak perlu dirisaukan. 

Namun, sekiranya kulit anda menghasilkan sebum yang banyak dan anda tidak membersihkan wajah dengan betul, besar kemungkinan sebum tersebut akan teroksida dan membentuk oil plug yang turut dikenali sebagai blackhead. Blackhead, seperti namanya, berwarna hitam dan kelihatan lebih ketara dengan mata kasar. 

Liang roma yang tersumbat dengan sebum, berserta kotoran lain akibat kaedah pembersihan yang tidak betul juga boleh mengakibatkan masalah jerawat dan kulit muka tanpak kusam. Maka adalah penting untuk anda membersihkan kulit dengan betul agar kulit benar-benar bersih.

Sumber: Renee Rouleau

 

Sesiapa sahaja boleh melakukan deep oil cleansing. Untuk anda yang mempunyai kulit berminyak, deep oil cleansing mampu membersihkan lebihan minyak jauh ke dalam liang roma tanpa mengeringkan kulit. Bagi mereka yang mempunyai kulit kering, deep oil cleansing mampu mengembalikan kelembapan kulit yang secara umumnya tidak mengahasilkan sebum yang cukup untuk kulit. 

Untuk melakukan teknik deep oil cleansing ini, pertama sekali, pastikan wajah anda tiada sebarang solekan, krim pelindung matahari dan apa jua produk penjagaan kulit yang anda biasa sapukan di wajah. Untuk menyediakan wajah bagi langkah deep oil cleansing ini, anda boleh melakukan langkah pertama double cleansing dengan menggunakan pencuci berasaskan minyak seperti balm pembersih bagi menanggalkan solekan dan krim SPF. (Nota: micellar water atau makeup remover sesuai digunakan untuk menanggalkan solekan namun ia bukanlahlangkah membersihkan kulit kerana tidak melibatkan proses mencuci dengan air)

Sumber: Hermo Malaysia

 

Seterusnya, selepas anda membilas dan mengeringkan wajah, ulang semula proses pembersihan dengan pembersih wajah berasaskan minyak untuk langkah deep oil cleansing. Anda boleh menggunakan oil cleanser berbentuk liquid ataupun balm yang bersifat purifying. 

Sumber: Daughters of Malaya
Sumber: Hermo Malaysia

 

Langkah ini pula akan mengambil masa yang lebih lama berbanding langkah pertama. Ini adalah kerana untuk kali ini, anda akan membersihkan kulit secara lebih mendalam. Urut wajah anda dari arah hidung ke luar menghala ke arah telinga untuk menggalakkan peredaran darah dan sistem limfatik badan. Jangan lupa kawasan sekitar mata dan dahi.

Selepas menggosok muka selama 5 minit (ataupun mungkin sedikit lebih lama bagi sesetengah orang), anda akan berasa seakan ada ‘pasir halus’ di hujung jari anda. Pasir halus yang anda rasakan ini adalah oil plug akibat sebum yang mengeras yang telah menutup liang pori dan sebaceous filament. Ini adalah ‘hasil’ yang saya perolehi daripada deep oil cleansing:

 

Nampak bukan? Walaupun kerap membuat deep oil cleansing tapi inilah kali pertama saya sendiri melihat dengan jelas kekotoran yang tersembunyi di wajah. Siapa sangka walaupun saya tidak mempunyai jerawat dan blackhead, tidak bermakna wajah saya bebas oil plug sebegini.

Selepas anda berpuas hati dengan hasil deep oil cleansing yang anda lakukan, bilas wajah dengan air sehingga bersih dan diikuti dengan langkah pembersihan dengan pembersih wajah berasaskan air. Selepas langkah double cleanse terakhir ini selesai, ikuti pula dengan langkah tone, dan moisturise.

Teknik deep oil cleansing ini sesuai dilakukan di malam hari, seminggu sekali. Kami di Tajria menyarankan anda melakukan kaedah ini selama 4 minggu berturut-turut sebagai persediaan untuk #CantikSebelumRaya. 

 

Komen