Carian
Menyediakan Rendang Daging Kegemaran Anda – Seakan Masakan Ibu Di Rumah
April 27, 2020 Lina Rosli

Menyediakan Rendang Daging Kegemaran Anda – Seakan Masakan Ibu Di Rumah

Untuk anda yang merindui masakan ibu di rumah atau mungkin baru berjinak-jinak untuk menghasilkan juadah yang setara dengan masakan ibu, Ayam Brand hadir dengan satu resipi rendang khas bagi yang baru ingin mencuba. Lebih-lebih lagi bagi anda yang baru ingin mencuba memasaknya sendiri.

Resepi ini membawakan gabungan rempah ratus, ramuan pes, daging kegemaran dan Santan Kelapa Ayam Brand yang menyelerakan. Santan ini dijual dalam tiga pilihan iaitu Coconut Milk, Coconut Milk Trim (45% kurang lemak) dan Coconut Milk Super Light (75% kurang lemak) berbanding Ayam Brand Coconut Milk. 

Berikut adalah senarai bahan-bahan yang diperlukan serta cara penyediaan untuk Rendang Daging kegemaran semua.

Bahan-bahan

Untuk Rempah

  • 3 bunga cengkih
  • 3 bunga lawang
  • 3 buah pelaga
  • 2 asam jawa
  • 5 daun limau purut dihiris halus
  • 8 sudu besar kerisik (kelapa goreng yang dikeringkan)
  • 1 batang kayu manis
  • 1 sudu besar gula melaka secukup rasa
  • Garam secukup rasa

Untuk Pes (kisar halus)

  • 2.5cm lengkuas, dihiris
  • 3 batang serai, akar sahaja, dihiris
  • 7 ulas bawang putih, dihiris
  • 6 bawang merah, dihiris
  • 2.5cm halia, dihiris
  • 12 cili kering, dibuang biji dan dihiris

Bahan lain

  • 1kg daging lembu, dipotong kiub
  • 1 liter Santan Kelapa Ayam Brand pilihan anda
  • 1 cawan air

Cara Penyediaan

  1. Kisar bahan pes menggunakan blender.
  2. Panaskan minyak dalam kuali atau periuk besar. Tumis pes rempah, kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau.
  3. Masukkan daging dan gaul rata dengan adunan pes dan rempah sehingga berwarna keperangan dan daging menyerap rasa pes dan rempah. 
  4. Tuang santan dan kacau dengan perlahan sehingga hampir mendidih.
  5. Kecilkan api sehingga sederhana. Masukkan air asam jawa dan air, dan teruskan mengacau supaya daging tidak melekat pada kuali.
  6. Apabila daging sudah separuh masak, masukkan daun limau purut dan gula melaka. 
  7. Tuang kerisik dan tambah garam secukup rasa. Kacau dengan sempurna sehingga daging bersalut sepenuhnya dan dilitupi kuah. 
  8. Kecilkan api dan tutup dengan penutup. Biarkan rendang mereneh selama lebih kurang sejam sehingga daging menjadi lembut atau kuah rendang kering. 
  9. Anda juga boleh menghidang serta-merta atau biarkan sejuk dahulu sebelum disimpan. 

Menarik bukan? Anda juga boleh mendapatkan lebih banyak lagi resipi Ramadan dan Hari Raya di laman rasmi Ayam Brand. Selamat mencuba!

Komen