Apakah Kaedah Terbaik Untuk Mencuci Selimut Tebal?
Bagaimanakah cara anda mencuci selimut tebal atau comforter anda tanpa menjejaskan kualitinya? Selain menghantarnya ke dobi, apakah kaedah atau alternatif terbaik untuk membersihkan selimut tebal anda?

Selimut tebal ini memerlukan penjagaan yang khusus yang mana bagi mengelakkan ia rosak atau bau yang kurang menyenangkan akibat cara pembersihan yang mungkin salah. Oleh itu, sebelum anda mula mencuci selimut, anda perlu memeriksa tanda atau label penjagaan untuk mengetahui prosedur mencuci yang disarankan kerana setiap material selimut adalah berbeza.
Bolehkah mencuci selimut menggunakan mesin basuh di rumah?
Sebilangan besar mesin basuh dan pengering di rumah tidak mempunyai ukuran atau muatan yang cukup untuk menampung sesuatu yang besar seperti selimut atau selimut tebal. Namun, ia tidak menjadi masalah jika anda masih ingin membersihkannya menggunakan mesin basuh anda. Untuk mencuci, berikut adalah beberapa tips untuk anda boleh ikuti ketika mengendalikan selimut tebal anda.
Cara Mencuci Selimut Tebal | |
---|---|
Sabun Pencuci | Jenis cecair |
Suhu Air | Sejuk atau suam (bergantung kepada jenis selimut anda) |
Jenis Putaran | Regular |
Pengering | Suhu rendah |
Untuk hasil yang lebih baik, hamparkan selimut di atas katil atau tempat lapang bagi memeriksa kotoran yang jelas. Letakkan sabun atau pencuci kotoran di bahagian yang kotor. Biarkannya selama sekurang-kurangnya 15 minit sebelum memasukkan selimut ke mesin basuh.
Elakkan meletakkan terlalu banyak sabun pencuci ke dalam mesin. Hal ini kerana, terlalu banyak sabun akan menyebabkan kesukaran untuk sabun hilang dan akan meninggalkan kesan pada selimut.
Cara yang sesuai untuk mengeringkan selimut:
Seterusnya untuk sesi pengeringan pula, tetapkan suhu pada paras yang paling rendah. Pastikan tiada bahagian yang terlipat atau tergumpal bagi memastikan semua bahagian dapat dikeringkan dengan baik.
Namun, adalah lebih baik jika anda mengeringkanya di ampaian yang terkena cahaya matahari secara langsung. Apabila sudah kering, anda disarankan untuk terus lipat atau gulung dengan elok bagi mengelakkan ia berkedut serta tidak perlu diseterika.

Adakah terdapat kaedah khusus untuk menyimpan selimut tebal?
Tiada kaedah khusus yang diperlukan. Namun, anda boleh menyimpan selimut dan selimut berat dalam beg kapas atau bekas simpanan plastik. Sekiranya boleh, simpan di bawah katil atau di dalam almari atau mana-mana tempat yang tidak menyebabkan perubahan warna. Pastikan ia betul-betul kering sebelum disimpan untuk mengelakkan selimut tebal anda berkulat.
_______________________________________________________________
Berikut adalah beberapa tips untuk mencuci selimut tebal anda tanpa menjejaskan tekstur kain. Selain itu, selimut kapas (wool blanket) dan bantal bulu juga boleh dicuci di rumah. Pastikan anda membaca arahan penjagaan dan menggunakan sabun pencuci yang ringan. Keringkan pada suhu rendah dan terbalikkan bahagian luar ke dalam bagi menggelakkan bulu rosak atau bergumpal.