Tak Perlu Beli – 5 Jenis Bahan Masakan Yang Boleh Anda Tanam

Bagi anda yang gemar memasak, berapa kerap akan anda keluar ke kedai runcit atau pasaraya untuk mencari baha-bahan untuk memasak? Kadangkala, pasti akan ada satu hari yang mana anda terpaksa keluar hingga ke pekan gara-gara tidak cukup satu bahan.

Cara ini bukan sahaja dapat menjimatkan masa anda, malah ia juga membantu mengurangkan perbelanjaan mingguan atau bulanan anda. Untuk mengelakkan hal ini terjadi, anda mungkin boleh mula menanam daun-daun masakan atau bahan-bahan yang kerap anda guna di rumah anda.

Jadi, hari ini Tajria akan berkongsi bahan masakan atau daun masakan yang boleh anda tanam. 

Daun Kari

Daun kari adalah salah satu daun yang sering digunakan di dalam masakan. lebih-lebih lagi untuk makanan yang berasal dari India. Daun ini mempunyai aroma yang cukup kuat yang mana ia turut dijadikan sebagai pencuci mulut di beberapa negara Timur. Di Malaysia, daun kari diletakkan di dalam masakan seperti kari, buttermilk dan salted egg chicken, sos dan juga masakan bergoreng seperti ayam, udang dan ikan.

cooked dish in plate

Tanaman daun kari boleh ditanam menggunakan tangkai daun atau biji benih. Taburkan benih di pasu yang diisi dengan tanah yang lembap tetapi tidak basah. Jika anda tidak mempunyai benihnya, anda juga boleh mula menanamnya dengan menggunakan daun kari segar dengan tangkai. Masukkan tangkai ke dalam medium tanah dan ia akan berakar dalam kira-kira tiga minggu jika kawasan sekitarnya bersuhu panas dan lembap.

Daun Limau Purut

Daun limau purut pula adalah yang paling kerap digunakan di dalam kebanyakan hidangan Asia seperti tomyam, sup, sambal dan sos-sos lain. Mereka boleh digunakan segar dari pokok atau dari daun kering. Daun ini mengeluarkan aroma sitrus yang kuat yang mana sesuai untuk menambah rasa masam dalam masakan.

round green fruits at daytime

Untuk menanamnya, anda perlu meletakkan pasunya di bawah cahaya matahari bersama keadaan tanah yang lembap. Namun, akarnya akan menjadi busuk jika tanah yang digunakan terlalu basah. Oleh itu, pastikan tanahnya kering dahulu sebelum mula menyiram sekali lagi.

Serai

Sekiranya anda suka sering menggunakan serai di dalam hidangan dan lauk anda, makan menanamnya di rumah adalah cara terbaik untuk kelangsungan bahan. Sebenarnya, menanam serai tidak begitu sukar dan anda tidak perlu menggunakan teknik-teknik yang susah untuk membiarkan ia tumbuh.

Lemongrass, Spice, Plant, Ingredients

Untuk menanamnya, anda boleh potong batang serai sekitar 5 hingga 6 inci dari bahagian atas. Ambil tangkai dan masukkan ke dalam segelas air dan letakkan di dekat tingkap yang mempunyai pencahayaan yang baik. Selepas beberapa minggu, anda mesti mula melihat akar kecil di bahagian bawah batang ramuan serai. Tunggu sehingga akarnya sedikit matang dan kemudian anda boleh memindahkan serai ke pasu yang lebih besar. 

Daun Bawang

Tidak seperti daun yang lain, bawang merah merupakan antara bahan masakan yang mudah untuk ditanam. Tahukah anda tidak perlu mencari batangnya atau biji benih untuk menanamnya? Anda hanya perlu menggunakan bawang yang telah tumbuh pucuknya untuk mula menanam. 

Anda boleh meletakkan bawang ke dalam bekas yang mempunyai air secukupnya untuk menutup akar. Letakkanya di tepi tingkap dan biarkan akarnya lembap. Pucuknya akan tumbuh hanya dalam beberapa hari sahaja. Pastikan akar tersebut direndam dan ganti air sekurang-kurangnya seminggu sekali.

red onion on black table

Cili Api

Cili tumbuh dengan baik di dalam bekas. Satu bekas tanaman boleh memberikan anda lebih sepuluh cili walaupun di ruang tumbuh kecil. Jangan risau, anda tidak perlu pergi ke tapak semaian dan dapatkan sebungkus biji cili. Ambil cili padi di peti sejuk anda, potong dan ambil semua biji cili. Letakkan benih di atas kertas dan biarkan kering selama 2 hingga 3 hari.

Kemudian, tanamnya di tanah pada kedalaman kira-kira 2 hingga 3 cm. Biji cili akan bercambah sekitar 1 minggu. Pastikan anda menyiramnya setiap hari atau setiap 2 hari bergantung pada cuaca. Pastikan ada kitaran penyiraman basah-kering-basah-kering.

selective focus photography of chili

Berikut adalah beberapa jenis bahan masakan yang boleh anda tanam di rumah. Jika anda mempunyai cara lain untuk menanamnya, jangan lupa kongsikan di Tajria. Selamat mencuba!