5 Resepi Berasaskan Telur Yang Boleh Anda Cuba
Bagi anda yang ingin mempelbagaikan menu berasaskan telur, Tajria hari ini akan berkongsi kepada anda 5 resepi untuk hidangan telur yang cepat dan mudah yang boleh anda cuba.
Berikut adalah senarai bahan-bahan dan cara penyediaan untuk setiap resepi telur:
1. Omelet atau Telur Bistik

Bahan-bahan
- 50 g daging cincang
- 2-3 biji telur
- 1 1/2 biji bawang merah
- 1/4 lobak merah (dipotong dadu)
- 1/4 lada benggala hijau
- 1 sudu susu segar
- 1 keping keju
Cara Penyediaan
1. Letakkan sedikit minyak dan panaskan pada api sederhana-tinggi. Tumiskan bawang, lobak merah dan lada selama 3-5 minit. Masukkan daging dan biarkan ia masak.
2. Kemudian masukkan telur yang telah dikacau bersama susu, keju dan garam ke dalam kuali. Perlahankan api.
3. Tunggu sehingga bahagian bawah garing dan baru terbalikkan bahagian atas telur. Setelah masak, anda boleh hidangkan bersama menu-menu lain.
2. Telur hancur dengan sosej
Bahan-bahan
- 2 biji telur besar
- 1 1/2 biji bawang mereha (dicincang dan potong dadu)
- 2 batang sosej (dihiris kasar)
- Lada hitam
- Garam secukup rasa
Cara Penyediaan
1. Pukul bersama telur, bawang merah cincang, lada hitam dan garam.
2. Panaskan minyak pada api sederhana. Goreng soseh sehingga ia kelihatan kecoklatan.
3. Kemudian masukkan telur dan biarkan ia masak. Masak di kedua-dua bahagian.
3. Roti Benjo
Bahan-bahan
- 1 biji telur
- 1 keping roti burger
- Mentega
- Mayonis
- Sos Lada Hitam
- 1 keping keju
- Hirisan bawang dan tomato
Cara Penyediaan
1. Sapukan mentega pada roti. Kemudian panaskan roti di atas kuali. Setelah kelihatan garing, angkat dan letakkan di pinggan.
2. Panaskan sedikit mentega di atas kuali. Pukul telur dan tuangkan ke dalam kuali tersebut. Biarkan ia masak.
3. Letakkan, tomato dan bawang di roti. Letakkan telur dan lipatkannya menjadi segi empat sama. Letak sos, mayonis dan keju. Benjo anda sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!
4. Tortilla Telur
Bahan-bahan
- 2 keping roti tortilla
- 2 biji telur besar
- 1-2 keping keju cheddar
- 1 biji bawang merah
- Oregano atau herba campur
- Garam secukup rasa
- Mayonis dan sos
Cara Penyediaan
1. Cincang bawang merah dan potong bentuk dadu kecil.
2. Pukul telur dan keju. Kemudian masukkan bawang, oregano atau herba lain serta letakkan garam secukup rasa.
3. Panaskan minyak masak pada api sederhana. Masukkan campuran telur, kacau hingga masak.
4. Ambil tortilla dan sapukan dengan mayonis. Selepas itu, letakkan telur yang telah dimasak. Akhir sekali gulungkannya bersama dan tortilla telur sedia untuk dinikmati.
5. Sandwich Telur
Bahan-bahan
- 2-3 biji telur
- 6 keping roti gandum (dibakar)
- Mentega
- Mayonis
- 1 biji tomato (dihiris kasar)
- Garam
- Lada hitam
Cara Penyediaan
1. Pecahkan telur dan letakkan garam dan lada hitam secukup rasa. Gaul sehingga rata.
2. Panaskan kuali, letakkan sedikit minyak atau anda boleh guna kuali non-stick. Masukkan telur dan gaul hancur sehingga masak.
3. Bakar roti dan sapukan mentega ke atasnya. Lapiskan dengan tomato dan letakkan telur yang telah masak di atasnya. Anda boleh potong kepada dua bahagian dan hidangkannya.
________________________________________________________________________
Berikut adalah 5 hidangan berasaskan telur yang boleh anda cuba sewaktu iftar atau sahur nanti. Jika anda ada resepi lain, jangan lupa untuk kongsikan bersama Tajria. Selamat mencuba!