Makanan Yang Boleh Membantu Anda Kenyang Lebih Lama Sewaktu Berpuasa

Diet yang seimbang adalah kunci utama untuk berpuasa secara sihat sepanjang bulan Ramadan. Namun, apakah diet seimbang yang dimaksudkan dalam konteks ini? 

Semasa berpuasa, anda disarankan untuk mengurangkan atau menerhadkan pengambilan makanan yang berminyak, bergoreng dan berlebihan gula dan garam. Makanan ini akan membuat anda kenyang dalam jangka masa yang pendek. Selain itu, ia juga akan menyebabkan kelesuan dan keletihan. Pengambilan garam yang berlebihan semasa sahur pula akan akan meningkatkan rasa haus dan dahaga.

Sebagai gantinya, pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran, ayam, daging dan oat adalah pilihan yang terbaik. Hal ini kerana, makanan ini dicerna lebih perlahan daripada makanan yang diproses yang mana boleh membuatkan anda merasa kenyang lebih lama.

Berikut adalah beberapa makanan lain yang boleh anda ambil sewaktu sahur untuk kekal kenyang lebih lama:

Salmon
Tidak seperti ayam, salmon mengandungi asid lemak omega-3 yang sihat yang mana dapat membantu anda memperoleh tenaga sepanjang hari.

raw fish meat on brown chopping board

Barli
Barli adalah bijirin yang membantu anda kenyang lebih lama kerana ia lamnbat diproses dan dicerna di dalam perut. Anda boleh menggunakan bijirin ini untuk menjadikan sup sayur-sayuran lebih sedap.

Tauhu
Ia merupakan sejenis soya seperti edamame. Ia juga merupakan pengganti daging yang baik kerana teksturnya adalah lebih cepat dimasak tanpa mengambil masa yang lama untuk disediakan.

cooked food

Ubi keledek
Ubi keledek mengandungi hampir dua kali jumlah serat dan separuh jumlah karbohidrat. Anda boleh memakannya dengan merebusnya atau jadikannya sebagai sup rasa yang lebih lazat.

Selain itu, minum air masak sebanyak mungkin antara iftar dan sahur dapat mengurangkan risiko anda mengalami dehidrasi semasa berpuasa. Minuman lain seperti  jus, susu dan sup juga adalah alternatif lain untuk kenyang lebih lama sepanjang berpuasa.

Sebaiknya, anda juga harus mengurangkan minuman berkafein seperti kopi, teh dan cola kerana ini mempunyai kesan diuretik dan boleh menyebabkan dehidrasi. Selamat berpuasa:)