Untuk resepi kali ini, Tajria akan berkongsi kepada anda cara penyediaan masakan 3 rasa yang sangat popular jika anda makan di kedai. Selain menggunakan ikan siakap, hari ini saya membawakan kepada pembaca resepi yang menggunakan ikan kerisi yang lebih mudah untuk didapati.

Berikut adalah beberapa bahan dan cara penyediaan yang diperlukan untuk menghidangkan Ikan Kerisi Masak 3 Rasa;

Bahan-bahan Untuk Sos 3 Rasa

  • 2 sudu lada kisar
  • 3 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 biji bawang putih (dikisar)
  • 1 1/2 sudu sos tomato
  • 1 sudu sos cili
  • 1 1/2 sudu sos tiram
  • Sedikit air
  • 1 biji tomato (dipotong dadu)
  • 1/4 lobak merah (dipotong dadu)
  • 1/4 nenas tin (dipotong dadu)
  • 3 biji cili api
  • gula

Bahan Untuk Ikan

  • 2 ekor ikan kerisi
  • 2 sudu tepung gandung
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak pada api sederhana. Tumiskan lada, bawang merah dan bawang putih sehingga naik minyak.

2. Masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram. Gaulkan sehingga kesemua bahan masak dan naik bau.

3. Kemudian, tambahkan sedikit air supaya ia tidak terlalu pekat. Masukkan tomato, lobak merah dan nenas. Kacau sehingga rata.

4. Letakkan satu sudu gula dan garam secukup rasa. Masaknya sekitar satu hingga dua minit. Apabila sos 2 rasa telah masak, biarkarkan ia sebentar dan teruskan dengan memasak ikan di kuali yang baru.

5. Lumur ikan dengan tepung, serbuk kunyit dan garam.

6. Panaskan minyak dang gorengkannya pada api sederhana. Jika ikan sudah masak, angkatnya dan letak di pinggan.

7. Tuangkan kuah ke atas ikan dan Ikan Kerisi 3 Rasa anda sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

Lihat profil
Lina Rosli

401 artikel di Tajria.