Sudah Kembali Bekerja? 5 Perkara Yang Perlu Diamalkan Ketika Menggunakan Pengangkutan Awam
Bagi anda yang sudah kembali bekerja sewaktu Perintah Kawalah Pergerakan Bersyarat (PKPB), di harap anda mematuhi peraturan dan panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan mana-mana pihak yang berkaitan. Hal ini bagi memastikan keselematan dan kesihatan masyarakat sekeliling. Lebih-lebih lagi untuk anda yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.
Terdapat pelbagai alternatif dan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh pihak yang terbabit bagi memastikan kelancaran operasi. Oleh itu, sebagai pengguna yang bijak dan berhemah, berikut adalah 5 perkara yang perlu anda ikuti dan amalkan sewaktu menggunakan pengangkutan awal ketika pergi dan balik dari kerja.
Mempersiapkan diri dengan topeng muka dan sanitizer
Untuk anda yang menaiki LRT, MRT, KTM dan monorel, pastikan anda memakai topeng muka bagi mengurangkan risiko jangkitan. Anda juga digalakan membawa bekalan topeng muka dan sanitizer yang secukupnya. Hal ini bagi memudahkan anda untuk menukar yang baru jika perlu.
Mengikut arahan dan peraturan yang telah ditetapkan
Di kebanyakan platform dan gerabak tren telah ditandakan dengan pelekat merah bagi memudahkan pengguna untuk mengetahui jarak yang diperlukan sewaktu menunggu dan menggunakan perkhidmatan tersebut. Amalkan social distancing atau penjarakkan sosial yang telah ditetapkan bagi memastikan keselematan sejagat. Pastikan anda tidak berebut semasa ingin menaiki tren dan tunggu giliran yang sepatutnya. Rancang waktu perjalanan anda bagi mendapatkan perjalanan ke tempat kerja yang lancar.

Menjaga kebersihan gerabak tren dan platform
Pastikan anda tidak membuang sampah atau membuat kotor di kawasan platform dan tren. Jangan buang topeng muka atau tisu tangan yang telah digunakan merata-rata. Cari tempat yang telah disediakan bagi mengurus dan menghapuskan topeng muka yang telah dipakai bagi mengelakkan jangkitan virus atau bakteria.
Memberi ruang yang secukupnya kepada penumpang lain
Anda disarankan untuk sentiasa peka dengan keadaan sekeliling anda. Ia dikhuatiri anda menghalang laluan untuk penumpang lain keluar. Jika anda berada berdekatan dengan pintu, anda perlu berhati-hati dengan penumpang yang masuk dan keluar. Untuk memberikan ruang penumpang lain masuk, anda perlu memberikan ruang untuk penumpang di dalam untuk keluar terlebih dahulu.
Menggunakan kaedah contactless untuk pembelian tiket atau koin
Bagi mengelakkan kontak rapat atau kontak lain yang tidak perlu, pastikan anda membuat pembayaran secara nirtunai iaitu menggunakan kad yang berkaitan. Anda dinasihatkan untuk menyediakan jumlah baki yang mencukupi di kad Touch N’Go atau kad KTM supaya anda tidak perlu beratur untuk menambah nilai sewaktu di platform atau stesen LRT, MRT, KTM dan monorel.
________________________________________________________________________
Berikut adalah beberapa tips dan panduan yang perlu anda ikuti bagi memastikan keselematan diri dan orang sekeliling terjamin. Pastikan anda peka dengan arahan yang telah dikeluarkan pihak kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa yang lain sepanjang tempoh PKPB berlangsung. Selamat bekerja!