Lina Rosli Diterbitkan 4 May 2020

Kerabu Udang – Juadah Ala Thai Untuk Berbuka Puasa

Untuk hari ini, Tajria akan membawakan kepada anda menu yang baru untuk anda cuba, iaitu Kerabu Udang.

Terdapat banyak variasi kerabu yang terdapat di pasaran. Ia termasuk kerabu sotong, kerabu cakar ayam, kerabu mangga dan juga taugeh. Ada juga kerabu yang dibuat menggunakan bahan-bahan dalaman haiwan seperti  kerabu perut, kerabu lidah dan bermacam-macam lagi.

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan serta cara-cara untuk menyediakan hidangan Kerabu Udang kegemaran anda:

Bahan-bahan

  • 7 ekor udang (boleh juga dibuang kulit)
  • 2 biji limau nipis
  • 1 biji tomato
  • 1 batang serai
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji cili api
  • 2 tangkai daun ketumbar
  • 2 sudu air gula (pekat)
  • Suhun
  • garam secukup rasa
  • ajinomoto secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan air pada api yang kuat. Setelah air mendidih, masukkan udang dan rebus sehingga masak. Kemudian, toskan air dan letak udang di dalam mangkuk.
  2. Anda boleh rebus suhu menggunakan air udang yang telah digunakan sehingga kembang. Apabila sudah masak, masukkan suhun ke dalam mangkuk berasingan.
  3. Potong bawang merah dan tomato bentuk dadu kecil. Hiris serai dan cili api. Masukkan bahan ke dalam mangkuk.Setelah selasai menyediakan semua bahan, campurkan ketiga-tiga mangkuk di dalam satu mangkuk besar. Gaul sehingga rata.
  4. Masukkan air gula pekat dan seterusnya perah limau ke dalam campuran kerabu. Tambahkan garam dan ajinomoto untuk rasa yang lebih menyelerakan. Anda juga boleh menambah sedikit sos ikan ke dalam kerabu.
  5. Akhir sekali, masukkan daun ketumbar dan Kerabu Udang anda sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!